Cara memohon jawatan kosong 2020 ini hendaklah melalui secara atas talian sahaja, iaitu melalui laman portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). JBPM mengalu-alukan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum untuk menyertai dalam profesion bomba ini.

[su_note note_color=”#93f333″ radius=”0″]
Terkini : Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menawarkan sebanyak 1,000 kekosongan kerjaya sebagai Pegawai Gred KB19 pada bulan Mac ini secara berperingkat.
[/su_note]
Permohonan terbuka ini akan dibuka sepanjang tahun. Dan mereka yang layak sahaja akan dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut pada bila-bila masa.
Syarat Kelayakan Pegawai Bomba KB19

Untuk menyertai profesion ini, anda perlu patuhi syarat-syarat berikut sebelum memohon. Syaratnya:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- Rakyat Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Minima Kelayakan pelajaran : SPM atau setaraf. (Gaji : RM1360)
- SPM serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan. (Gaji : RM1418)
- SPM serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan. (Gaji : RM1476.24)
- Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam subjek BM untuk SPM atau setaraf.
- Tinggi sekurang-kurangnya 157cm (Lelaki) & 153 (Wanita)
- Berat sekurang-kurangnya 48kg (Lelaki) & 46kg (Wanita)
- Tidak pekak & Tidak buta warna
- Lulus ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9
- Sihat fizikal & mental
- Lulus ujian angkat berat 54kg (Lelaki) & 46kg (Wanita)
- Lulus ujian julang & tegakkan tanggga Ajax
- Lulus ujian menaiki tangga penyelamat 165cm & panjat tali.
[/su_list]
Cara Memohon Bomba (Klik Bawah)
1. Permohonan perlu dilakukan secara online sahaja. Untuk ambilan terbuka ini, permohonan boleh dilakukan di website rasmi:
https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2. Sila daftar ID anda sebelum memohon. Isi setiap maklumat yang diperlukan.
3. Pilih jawatan bomba di bahagian pemilihan kerjaya.
4. Isi borang tersebut dan tekan hantar.
5. Jika permohonan anda diterima, calon akan menerima surat tawaran untuk sesi temuduga.
Untuk maklumat lanjut tentang cara pendaftaran, anda boleh lihat video di bawah untuk cara memohon bomba yang lebih lengkap.
[su_youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=xgEDG_yyWlc”]

Maklumat Lain:
Untuk maklumat anda, penerimaan 1,000 pegawai bomba gred KB19 ini akan mengisi kekosongan di peringkat balai, zon dan negeri yang popular. Pengambilan 250 orang pada bulan Mac ini, manakala 750 lagi pada bulan Jun.
Semoga berjaya dalam permohonan jawatan kosong bomba ini. Diharap lebih ramai yang akan menyertai profesion mulia ini.
saya berminat menjadi anggota bomba
ASSALAMMUALAIKUM WBT..
SAYA BERHARAP SAYA BOLEH MENYERTAI KERJAYA SEBAGAI SEORANG AHLI BOMBA.. SAYA BETUL-BETUL BERMINAT MENJADI ANGGOTA BOMBA PENYELAMAT MALAYSIA.
Saya HARAP saya dapat berada dalam satu pasukan ahli bomba penyelamat Malaysia buat Kali ini insyaallah amin
Saya turut berminat
Saya berminat jadi BOMBA
Saya berminat menjadi anggota BOMBA
Saya berminat dan bersemangat inkuiri dlm kerjaya bomba dan penyelamat , semoga permohonan saya di terima