Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Secara Online (Untuk OTP / TAC)
Bolehkah kita tukar atau kemaskini nombor telefon KWSP secara online?
Untuk makluman ahli KWSP, terutamanya yang ingin memohon i-Citra tapi dah tukar nombor telefon yang didaftarkan sebelum ini, di sini kami kongsikan cara membuat kemaskini maklumat no telefon KWSP anda.
Nombor Telefon KWSP Yang Didaftarkan Tidak Aktif
Bagi yang mengalami masalah nombor telefon yang didaftarkan tidak aktif, anda ada 2 pilihan untuk buat permohonan i-Citra sebelum tarikh tutup 30/9/2021 melalui portal: https://icitra.kwsp.gov.my/.
- Menjawab semua soalan sekuriti dengan betul di portal i-Citra untuk meneruskan transaksi. Ini tidak memerlukan anda untuk kunci masuk OTP. Hal ini bertujuan untuk memastikan pemohon adalah ahli KWSP sebenar; ATAU
- Daftar nombor telefon TAC/OTP melalui kios KWSP yang berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.
Untuk dapatkan lokasinya, klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks. Nombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios.
Cara Kemaskini / Tukar No Telefon KWSP
Menurut KWSP, anda perlu ke kios KWSP yang berdekatan bagi pendaftaran nombor telefon TAC/OTP kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.
Untuk dapatkan lokasinya, klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.
Nombor telefon akan dikemaskini dalam sistem dalam tempoh 24 jam dari tarikh pengemaskinian di kios.
Permohonan i-Citra hanya boleh dibuat melalui portal selepas tempoh tersebut.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan i-Citra atau i-Akaun, sila hubungi KWSP di saluran berikut:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP / i-Citra
- Media sosial rasmi KWSP : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848