Cara Daftar SSM

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Cara Daftar SSMĀ | Pada masa sekarang, kebanyakkan rakyat Malaysia menjalankan perniagaan sendiri. Hal ini demikian adalah bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat. Jika anda salah seorang yang sedang menjalankan perniagaan, adakah perniagaan anda sudah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Jika belum, kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda langkah – langkah untuk mendaftar SSM serta cara untuk perbaharui lesen anda hanya secara online sahaja.

Cara Daftar SSM Online dan di kaunter

Anda sebagai peniaga perlu mendaftar SSM kerana anda diwajibkan supaya mempunyai lesen perniagaan SSM, jika tidak anda kemungkinan akan dikenakan tindakan undang – undang. Terdapat dua cara yang membolehkan anda mendaftarkan perniagaan anda iaitu secara online dan juga di kaunter. Namun begitu, anda masih perlu hadir ke kaunter bagi mengesahkan identiti anda.

Cara Daftar SSM Secara Online

  • Klik pada laman web ini : DAFTAR SINI
  • Jika anda merupakan pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Klik pada butang sign up :

cara daftar ssm img

  • Masukkan maklumat anda seperti nombor kad pengenalan, nama seperti dalam kad pengelanan, dan klik pada register. Kemudian, ikut maklumat seterusnya.
cara daftar ssm img 2
  • Setelah selesai membuat pendaftaran, anda perlu mengesahkan identiti anda. Oleh itu, anda perlu hadir ke mana – mana kaunter SSM yang berdekatan. Sila bawa bersama kad pengenalan dan juga tunjukkan emel yang anda terima selepas anda mendaftar.
  • Anda akan diminta untuk sahkan identiti dengan membuat cap jari biometrik.
  • Setelah membuat pengesahan dan cap jari, anda bolehlah pulang ke rumah dan lakkukan pendaftaran syarikat yang anda inginkan. Pengesahan cap jari hanya dilakukan sekali seumur hidup sahaja. Selain itu, pembaharuan juga boleh dilakukan secara online.

Cara Mendaftar SSM di Kaunter

Jika anda ingin membuat pendaftaran di kaunter, anda hanya perlu hadir ke mana – mana pejabat SSM yang berdekatan dan bawa kad pengalan (MyKad) serta isi borang pendaftaran yang telah disediakan.

Bayaran Pendaftaran

Bayaran adalah sebanyak RM30 jika anda menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan dan RM60 jika anda menggunakan nama lain didalam perniagaan.

Cara Memperbaharui Lesen Perniagaan SSM Online

cara daftar ssm img 3

  • Login ke portal EzBiz SSM
  • Pada bahagian [My Business Services] klik pada [Renewal]

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan renew SSM ini daripada pihak ketiga , klik pautan RENEW LESEN. Namun begitu, pihak ketiga ini bukanlah pihak rasmi daripada SSM, kami tidak akan bertanggungjawab jika anda mengalami sebarang kerugian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!