
Semenjak kes Covid-19 melanda dunia ramai peniaga telak bertukar cara berniaga dengan berurusan secara atas talian. Ini bagus kerana peniaga dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih meluas namun masalah baru melanda apabila penggunaan perbankan online dan e-commerce ialah penipuan ‘scammer’. Scammer pula makin licik memperdayakan pengguna. Jadi, bagaimana cara nak check scammer online?
Portal CCID Semak Mule ini membolehkan seseorang buat semakan scammer online atau apa-apa bentuk penipuan.

Secara khususnya, portal ini berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).
Laman Web CCID / Semak Mule
Sebelum anda membuat bayaran atau meneruskan urusniaga, terutamanya dalam jumlah yang besar, anda boleh buat semakan nombor akaun atau nombor telefon.
Cara nak check scammer online ni mudah sahaja dan hanya ambil masa beberapa saat sahaja!
Di sini kami kongsikan langkahnya:
- Layari laman web rasmi CCID (Commercial Crime Investigation Department) aka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan berikut:
- http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
- ATAU buka aplikasi Semak Mule melalui Google Playstore.
- Terdapat 2 kategori yang boleh anda pilih untuk membuat semakan iaitu
- Nombor akaun bank
- Nombor telefon
- Pilih salah satu daripada kategori di atas.
- Kemudian, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank individu yang disyaki tersebut.
- Masukkan maklumat Captcha
- Tekan butang ‘Semak Maklumat’
- Maklumat akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai scammer.
Rujuk panduan bergambar di bawah:

1. Semakan No Telefon / No Akaun Scammer Online (Melalui Laman Web CCID)
Kalau anda buat carian melalui laman web, akan keluar page macam di bawah ini.
Hanya perlu masukkan nombor telefo atau nombor akaun orang yang kita nak check dalam ruang di bawah.

Lepas tu, tekan butang SEMAK MAKLUMAT.
Semakan akan memberitahu kita sama ada ada orang yang dah pernah laporkan nombor telefon tersebut sebagai scammer.

Selain itu, carian maklumat juga akan menyatakan sama ada ramai orang telah membuat semakan terhadap nombor telefon atau nombor akaun yang dimasukkan tadi.
2. Cara Check No Telefon / No Akaun Scammer Melalui Apps
Jika anda sentiasa berurusniaga dengan orang ramai, bolehlah terus install aplikasi CCID Semak Mule di Google Play Store ini:

Caranya sama juga, cuma perlu masukkan nombor akaun atau nombor telefon.

Sekiranya nombor tersebut tidak selamat, anda akan menerima notifikasi dan amaran seperti ini:

Jika mendapat amaran ini, anda boleh mengelakkan daripada meneruskan urusniaga dan membuat laporan terus melalui pihak PDRM.
Jadi dengan maklumat ini, kita bolehlah meneruskan urusniaga dengan lebih yakin dan selamat.
Maklumat Lanjut
Whatsapp CCID Infoline : 013- 211 1222
CCId Scam Response Center : 03- 2610 1559 / 03- 2610 1599
Facebook: @JSJKPDRM atau @CyberCrimeAlertRMP
Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Check Scammer Online CCID (Semak No Akaun & No Telefon)” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.