KerjaKosong.Co » Cara Memohon » BPR Bantuan Prihatin Rakyat. Bantuan Sehingga RM1,800. Untuk B40 & M40.

BPR Bantuan Prihatin Rakyat. Bantuan Sehingga RM1,800. Untuk B40 & M40.


BPR Bantuan Prihatin Rakyat 2021. BPR telah dibentangkan pada Belanjawan 2021 yang menggantikan program Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini disasarkan untuk golongan B40, M40 & OKU.

BPR Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Bantuan Prihatin Rakyat terbahagi kepada golongan B40 dan M40. Sama seperti BSH sebelum ini, cuma penambahbaikkanya dari segi penurunan had umur permohonan BPR kepada 21 tahun (bujang) berbanding sebelum ini 40 tahun keatas.

Untuk permohonan BPR 2021, bagi sesiapa yang tidak pernah dapat Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN), anda diminta untuk membuat permohonan baru.

Kategori & Jumlah Bantuan Prihatin Nasional

kategori bpr 2021

Isi Rumah

1. Berpendapatan bawah RM2,500 Sebulan:

  • 1 orang anak = Bantuan RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih = Bantuan RM1,800

2. Berpendapatan RM2,501 – RM4,000 Sebulan:

  • 1 orang anak = Bantuan RM800
  • 2 orang anak atau lebih = Bantuan RM1,200

3. Berpendapatan RM4,001 – RM5,000 Sebulan:

  • 1 orang anak = Bantuan RM500
  • 2 orang anak atau lebih = Bantuan RM750

Bujang

  • 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan bawah RM2,500
  • Dapat bantuan RM350

Cara Memohon BPR

Permohonan boleh dilakukan secara online (atas talian) atau manual.

Permohonan telah pun dibuka pada 15 Januari 2021 dan akan ditutup pada 15 Februari 2021.

1. Sila layari laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my

2. Tekan di Permohonan Baru.

3. Masukkan maklumat peribadi anda di Borang Permohonan BPR.

Borang permohonan bpr

4. Sila muat naik (upload) dokumen-dokumen sokongan seperti berikut :

  • Sijil Perkahwinan
  • Sijil cerai/ kematian pasangan
  • Pengesahan pasangan
  • Pengesahan bank

dokumen sokongan bpr

5. Kemudian, sahkan maklumat anda & tekan Hantar.

6. Permohonan anda telahpun diproses. Semoga Berjaya.

Untuk permohonan secara manual, sila download Borang Permohonan BPR di bawah & hantarkan ke kaunter-kaunter LHDN yang berdekatan.

Borang Permohonan

Jadual Pembayaran BPR 2021

Menurut Menteri Kewangan, pembayaran BPR Fasa 1 akan diagihkan selewat-lewatnya pada April/ Mei 2021 mengikut peringkat.

Fasa kedua pula akan diagihkan pada bulan September/Oktober 2021.

KerjaKosong.Co berharap agar pemohon-pemohon yang memohon bantuan kerajaan ini layak untuk dapat bantuan.

 

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×