Biasiswa MARA 2019. Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka biasiswa MARA 2019 kepada pelajar-pelajar Malaysia yang ingin sambung pelajaran ke peringkat seterusnya.
Untuk pengetahuan anda, selain daripada biasiswa JPA, permohonan biasiswa MARA juga menjadi tumpuan pelajar – pelajar cemerlang. Kebiasaannya jika tajaan yang menjadi rebutan seperti ini, pasti agak sukar untuk mendapat kelulusan/berjaya.
Namun bergitu, bagi biasiswa MARA ini lain pula caranya. Keputusan yang cemerlang bukan jaminan untuk anda berjaya memperoleh biasiswa MARA tetapi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan bagi membantu dikalangan pelajar cemerlang dalam keputusan SPM yang datang daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. Dengan harapan tajaan ke peringkat pengajian tinggi itu dapat merubah kehidupan dan membantu keluarganya khususnya dan masayarkat serta negara umumnya.
Setiap tahun, biasiswa MARA ini diperuntukkan untuk kalangan pelajar cemerlang yang akan menyambung pelajaran di universiti awam mahupun universiti di luar negara untuk peringkat ijazah sarjana muda, sarjana (master) sehingga ke peringkat doktor falsafah (PHD)
SYARAT MEMOHON BIASISWA MARA 2019
1. Pemohon yang Bumiputera sahaja yang dibenarkan memohon
2. Pemohon yang telah diiktiraf dan diperakui oleh Doktor yang bertauliah, sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit seperti HIV, AIDS, HEPATITIS dan sebagainya
3. Pengajian yang diambil samada di universiti Malaysia mahupun universiti di luar negara mesti kursus pengajian sepenuh masa bukannya separuh masa
4. Tidak mempunyai sejarah yang mana pemohon pernah ditamatkan sebarang tajaan atas nama masalah disiplin
5. Pemohon merupakan dari keluarga yang berpendapatan paling maksimum RM10 ribu sebulan dan tidak lebih RM120,000 setahun
6. Pemohon pilih kursus yang berkaitan dengan permintaan negara seperti kejuruteraan, perubatan, matematik, teknologi bagi membolehkan permohonan biasiswa mara ijazah sarjana muda anda dipertimbangkan
Maklumat mengenai Biasiswa MARA klik DISINI
Permohanan Biasiswa MARA klik DISINI
p/s : Jika anda ingin memohon kerja kosong sila klik DISINI