KerjaKosong.Co » Isu Semasa » ‘Berpuasa Tuntutan Islam, Kenapa Orang Bukan Islam Nak Halang?’

‘Berpuasa Tuntutan Islam, Kenapa Orang Bukan Islam Nak Halang?’


'Berpuasa Tuntutan Islam, Kenapa Orang Bukan Islam Nak Halang?'

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan lanjut terhadap individu yang menampar dan memukul dua pengawal peribadinya kerana berpuasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata ini kerana berpuasa adalah satu isu yang besar dalam negara ini kerana ia adalah satu tuntutan dalam Islam.

“Kita kena ambil tindakan yang tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan perkara sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati atau semata-mata kerana berpuasa.

“Berpuasa adalah isu yang besar dalam negara kita dan perlu faham sebagai umat Islam kita memang kena berpuasa. Kenapa yang bukan Islam nak menghalang kita daripada berpuasa. MACSA kutuk serangan ke atas orang Islam berpuasa.

“Ini ada yang tidak kena dan ia perlu diambil tindakan tegas sekiranya ia benar berlaku seperti yang diwar-warkan,” katanya selepas menghadiri Program Wacana Meja Bulat, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan dua pengawal peribadi mendakwa ditampar, dipukul dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang bukan beragama Islam.

Dalam kejadian itu jam 10 malam, kedua-dua mangsa ditampar dan dimarahi apabila memberitahu mereka berpuasa selepas ditanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika berada di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang.

Kedua-dua mangsa kemudian mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor, sebelum dipukul dengan sebatang rotan serta diacu pistol.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×