KerjaKosong.Co » Cara Memohon » Bantuan Prihatin Nasional Kategori Bujang

Bantuan Prihatin Nasional Kategori Bujang

Bantuan Prihatin Nasional Bujang BPN 2.0 | Berdasarkan Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September 2020 ini, peruntukkan bernilai RM7 billion dimana ianya akan dilaksanakan dalam BPN 2.0.

BPN 2.0 akan dibayar sebanyak RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40, RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang, RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40 dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang.

Sumber : SinarHarian

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai 2 kategori individu bujang yang perlu mendaftar permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Permohonan yang layak bakal menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 dan RM300 mengikut kategori masing – masing.

Cara Pendaftaran

Kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada penerima yang telah pun lulus sebelum ini.

Untuk cara permohonan bagi pendaftaran baru, kerajaan akan umumkan kemudian pada masa akan datang.

Rayuan dan permohonan baru boleh dibuat kemudian.

2 KATEGORI BUJANG YANG PERLU DAFTAR PERMOHONAN BPN

Golongan layak menerima bantuan bagi kategori bujang telah ditetapkan untuk individu yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja. Manakala, bagi individu yang berumur 21 tahun ke bawah, anda tidak layak untuk membuat permohonan bagi kategori ini.

Terdapat 2 kategori bujang yang akan menerima bantuan dengan jumlah yang berbeza.

1. B40 Bujang

Individu bujang yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah, anda layak untuk menerima bantuan sebanyak RM500. Bayaran bantuan akan dilakukan secara dua fasa iaitu pada bulan akhir Oktober dan bulan Januari 2021. Individu di kategori ini adalah dianggap bujang golongan B40.

2. M40 Bujang

Individu bujang yang berpendapatan bulanan sebanyak RM2001 hingga RM4000 adalah tersenarai dalam bantuan untuk bujang dalam golongan M40. Anda akan menerima bantuan sebanyak RM300 yang akan dibayar mengikut 2 fasa iaitu pada akhir Oktober dan bulan Januari 2021.

Sumber : https://bpn.hasil.gov.my/

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×