Cara Memohon » Bantuan Perantisan Khas Belia Tidak Bekerja Sebanyak RM1000

Bantuan Perantisan Khas Belia Tidak Bekerja Sebanyak RM1000

Bantuan Perantisan Khas Belia Tidak Bekerja Sebanyak RM1000

Para belia yang masih belum mempunyai pekerjaan adalah digalakkan untuk memohon Program Perantisan PERKESO yang dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Untuk makluman, Program Perantisan PERKSEO di bawah Pemerkasa ini adalah program yang ditambah baik dibawah PenjanaKerjaya 2.0 yang dilaksanakan sebelum ini setelah mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.

Namun, Program Perantisan PERKSEO dibawah Pemerkasa telah ditambah baik bagi tempoh 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi.

INSENTIF PROGRAM PERANTISAN

Berikut adalah maklumat tentang insentif & tarikh permohonan program :

Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)

  • Tempoh : 3 bulan
  • Jumlah Insentif : RM1,000
  • Tarikh Permohonan : –

Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Permohonan Baru)

  • Tempoh : 6 bulan
  • Jumlah Insentif : RM800
  • Tarikh Permohonan : 1 April 2021

Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Lanjutan daripada Perantisan Asal)

  • Tempoh : 3 bulan + 3 bulan lanjutan
  • Jumlah Insentif : RM1,000 (3 bulan pertama) / RM600 (3 bulan lanjutan)
  • Tarikh Permohonan : 15 April 2021

SYARAT PERMOHONAN

SYARAT MAJIKAN

Syarat permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 18–30 tahun.
  • Majikan boleh menggajikan mana–mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.

SYARAT PERANTIS

Syarat permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah; atau
  • Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

SYARAT KELAYAKAN

Majikan juga perlu memenuhi syarat kelayakan seperti :

  • Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  • Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
  • Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.

Tidak Layak Memohon

Kepada yang tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut:

  • Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
  • Bukan warganegara Malaysia

CARA MEMOHON PROGRAM PERANTISAN

Majikan

Majikan perlu membuat permohonan seperti berikut:

1. Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang
myfuturejobs.gov.my

2. Buat permohonan insentif di laman sesawang
penjanakerjaya.perkeso.gov.my

Perantis

Perantis perlu membuat permohonan seperti berikut:

1. Memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman sesawang
myfuturejobs.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut tentangProgram Perantisan PERKSEO Pemerkasa, sila hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau menghantar email [email protected]

Leave a Comment

×