KerjaKosong.Co » Cara Memohon » Bantuan iSuri KWSP Bernilai RM480 Setahun, Panduan Lengkap Permohonan

Bantuan iSuri KWSP Bernilai RM480 Setahun, Panduan Lengkap Permohonan

Jangan risau suri rumah yang tidak bekerja, kini KWSP memperkenalkan sistem pencaruman I-Suri yang membolehkan suri rumah untuk mendapat insentif sebanyak RM480 setahun. Peluang ini terbuka untuk suri rumah berwarganegara Malaysia dan sukarela untuk mencarum di bawah Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP).

Kami ingin berkongsi maklumat lanjut mengenai I-Suri ini bolehlah teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah;-

MAKLUMAT

i-Suri (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) merupakan insentif khas kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) – Caruman Sukarela KWSP.

MANFAAT

  • Sumbangan RM480 setahun bagi tahun-tahun berikutnya
  • Sumbangan kerajaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan ke dalam akaun KWSP.

MANFAAT AHLI KWSP

  1. Dividen tahunan
  2. Bantuan hilang upaya
  3. Bantuan kematian
  4. Pengeluaran simpanan
  5. Pelepasan cukai

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih setakat 30 Jun 2018
  2. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  3. KIR Wanita – Balu, bercerai atau bujang
  4. Warganegara Malaysia
  5. Belum mencapai umur 60 tahun
  6. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sbulan atau RM60 setahun

CARA PERMOHONAN/PENDAFTARAN

Kepada mereka yang berminat dan layak untuk memohon insentif i-Suri, anda bolehlah membuat pendaftaran ahli KWSP/i-Suri di mana kaunter-kaunter KWSP.

Anda dikehendaki untuk membawa Kad Pengenalan dan dua (2) borang dibawah untuk pendaftaran:-

  1. Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  2. Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Untuk pembayaran caruman)

CARA DAN SALURAN BAYARAN

Berikut merupakan cara dan saluran bayaran bagi i-Suri ;

HAD BAYARAN

Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

MAKLUMAT LANJUT

  1. Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my
  2. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

×