Untuk pengetahuan anda, satu inisiatif bakal dilaksanakan oleh PERKESO menerusi PEMERKASA adalah Program KerjayaGig, Penambahbaikan Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0, Penambahbaikan Program Subsidi Upah 3.0 dan SPS Prihatin Wanita (SPW).
Program SPW dan juga inisiatif-inisiatif tersebut telah diumumkan oleh pihak kerajaan menerusi Pakej PEMERKASA pada 17 Mac yang lalu.
Pihak kerajaan akan membayar sebanyak 70 peratus daripada caruman, iaitu RM163 sementara usahawan serta wanita yang bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu bersamaan 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim itu.
Apakah SPS Prihatin Wanita?
Bagi wanita diluar sana yang masih tidak mengetahui apa itu SPS Prihatin Wanita, kami akan berkongsikan maklumat lebih lanjut mengenai program tersebut di bawah.
Sebanyak RM10 juta telah pun diperuntukan oleh kerajaan didalam menjalankan program ini bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri.
Pihak kerajaan akan membayar sebanyak 70 peratus daripada caruman tersebut iaitu bernilai RM163 sementara bagi usahawan serta wanita bekerja sendiri hanya perlu mem bayar RM69.80 iaitu bersamaan dengan 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim tersebut.
Apakah SKSPS?
Bagi SKSPS perlu adalah merupakan singkatan bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Skim dibangunkan bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada individu yang menjalaankan pekerjaaan sendiri.
Bukan itu sahaja, skim tersebut juga memberikan perlindungan kepada pencarum daripada bencana pekerjaan termasuklah penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaaan dan akan menyediakan faedah tunai kepada pencarum dan tanggungannya, di samping rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.
4 jenis pelan telah ditawarkan oleh pihak SKSPS di mana kadar caruman bergantung pendapatan yang diinsurankan berdasarkan kepada pelan yang telah dipilih.
Kepada usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri, anda akan mendapat manfaat daripada Dana Padanan 70 peratus untuk caruman di bawah Pelan 2 SKSPS iaitu perlindungan pendapatan sebanyak RM1,550.
Tarikh Permohonan
Permohonan Program SPW boleh dilakukan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.
Cara Permohonan SPS Prihatin Wanita PERKESO
Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web PERKESO mulai 1 April.
Bayaran caruman bulanan secara online boleh dibuat seperti langkah yang ditunjukkan dalam infografik di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berhubung SPS Prihatin Wanita atau inisiatif-inisiatif dalam PEMERKASA, anda boleh rujuk di laman sesawang https://www.perkeso.gov.my/ atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.