Terbaharu 99 Speedmart telah menawarkan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan.
Kempen bendera putih merupakan inisiatif rakyat malaysia yang prihatin dengan nasib yang menimpa orang disekeliling akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia.
Bagaimana Cara Memohon Bantuan Bakul Makanan daripada 99 Speedmart?
99speedmart menyahut baik kempen ini, jika anda nampak bendera putih ini digantung di mana-mana rumah atau di kawasan jiran tetangga anda sendiri, sila salurkan maklumat seperti berikut melalui WhatsApp 010-500 0099 atau pun Facebook 99speedmart (Private Message (PM) sahaja)
1. Alamat Tempat Tinggal
2. Gambar Rumah (Gantung Bendera Putih)
Syarat:
•Kempen bermula 1 Julai 2021 sehingga 14 Julai 2021.
•1000 pek sehari.
•Jangkamasa penghantaran 24 jam.
•Kediaman yang berhampiran dengan cawangan 99speedmart sahaja.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ataupun jiran yang melihat bendera putih ini digantung di sekeliling kawasan anda, sila hubungi pihak 99 Speedmart bagi menjayakan kempen #benderaputih.
Apa itu Kempen Bendera putih?
Kempen bendera putih merupakan inisiatif rakyat dan netizen Malaysia terhadap mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan PKP.
Kesan daripada ini, terdapat sesetengah individu yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri akibat tekanan emosi sama ada kelingan pekerjaan, masalah kekeluargaan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, kempen ini dilancarkan sebagai empati rakyat dalam memahami keluh kesah mereka yang terkesan sepanjang pandemik ini.
“Naikkan bendera putih di kediaman anda jika memerlukan bantuan makanan dan keperluan. Jangan ambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang. Elakkan stress. Tidak perlu merayu dan malu. Hanya kibarkan kain putih semoga ada yang membantu.”
Ini merupakan seruan di media sosial bagi mereka yang kehabisan bekalan makanan. Hanya perlu kibarkan bendera putih di rumah tanpa malu dan segan.
Semoga kita semua cakna dengan kempen bendera putih ini dalam membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan Covid-19.
Sy pekerja persisiran pantai yg dibyr gaji hari. Lebih senang disebut, ada kerja adalah gaji, takda kerja tak adalah gaji. Sy dh 2 bln lebih tak dpt ke persisiran pantai atas sebab covid. Maknanya dlm tempoh tersebut sy takda gaji.
Suvami tsk kerja bny susah talong
Asalamualaikum..selamat malam,,sy nasharudin duk seri menanti …bukan nak minta simpati.cuma nk beri keluhan yg teramat sgt..kena plak keje dgn org..kena plak covid dh berapa bulan dh xkeje ni..gaji jgn ckplh..duduk umh mak mentua,,sy xmkn xpe..jnji yg lain mkn..apapun mta tlglh kalau ada yg nk membantu..apapun rkyt malaysia tbaik…
Serimenanti kt mna johor ke n9 ke
Saya ibu tunggal bersama 2 anak perempuan saya
Saya isteri kpd pesakit kanser tggl di kg minyak beku bt.pahat..sngt trkesan dgn situasi skrg..suami x bkerja..saya pn dh x bole kerja..sbb kantin sekolah pn x bukak..saya hanya pembantu kantin sekolah.t.kasih
Memohon bantuan
Saya telah berhenti kerja kerana sakit hyperthyroid,dan xbekerja.. Terpaksa lakukan rawatan susulan setiap 2kali sebulan .saya tidak dapat membantu keluarga saya.. Ayah tiri saya meninggal dunia,ibu sya terpaksa bekerja sendri,anak 6orang terpaksa ibu saya Bekerja keras demi 6orng adik beradik.semua masih bersekolah.
Mohon bantuan