Awas Pengguna Maybank, Laman Web Mirip Maybank2u Dipercayai Cuba Mencuri Data Pengguna, Lihat Cara Untuk ‘Block’.

Awas Pengguna Maybank, Laman Web Mirip Maybank2u Dipercayai Cuba Mencuri Data Pengguna, Lihat Cara Untuk ‘Block’.

Sekarang ini, mungkin ramai antara kita pernah diajar, cara bagi memastikan sesuatu laman web selamat untuk dilawati adalah dengan memastikan kewujudan ‘https‘ pada awal pautan yang diterima. Namun, penipu juga semakin bijak.

Mereka kini mampu menghasilkan laman web palsu yang turut mempunyai ‘https’ serta paparan yang serupa dengan laman perbankan asal.

Antaranya seperti yang sedang tular menerusi perkongsian saudara Azizul Osman berkenaan perkara tersebut.

Dia yang ingin memeriksa baki di laman itu telah menaip kata kunci ‘Maybank’ pada Google menggunakan laptop miliknya.

Tanpa menyedari itu adalah laman palsu, dia telah mengklik satu pautan yang mempunyai paparan serupa dengan platform perbankan itu. Azizul kemudiannya mendaftar masuk menggunakan kata kunci asal sebelum menerima SMS bersama kod TAC yang kononnya perlu diisi pada laman berkenaan.

Mangsa yang tersedar kemudiannya memeriksa baki akaun melalui aplikasi Maybank2u di dalam telefon pintarnya dan mendapati terdapat pindahan wang dalam jumlah besar ke sebuah platform e-dagang.

Susulan itu, adalah penting untuk kita bertindak selangkah lebih ke hadapan dengan menyekat laman-laman mencurigakan di Internet.

Berikut adalah cara untuk menyekat satu-satu laman web melalui Chrome dikongsikan Business Insider.

1. Google perkataan “block site extension”.

2. Klik “Block Site – Website Blocker for Chrome – Google Chrome” yang biasanya ditemukan pada carian teratas.

3. Klik kotak biru pada atas skrin tertera “Add to Chrome”.

4. Dalam tetingkap pop up, tekan “Add extension.”

Anda akan dapat melihat ikon perisai berwarna oren pada sudut atas kanan skrin anda. Klik ikon tersebut dan tekan ikon gear untuk tetapan.

Dalam tetapan BlockSite, setkan kata kunci dan pertimbangkan tetapan sekatan “Mod Kerja” berdasarkan masa.

Dari situ, anda sudah boleh mula menyekat laman mengikut langkah di bawah:

1. Dari laman tetapan BlockSite, klik “Block Sites” pada menu di sebelah kiri, kemudian masukkan alamat website yang ingin disekat pada bar sebelah kanan.

2. Pergi ke laman yang ingin disekat dan klik ikon perisai merah BlockSite, kemudian tekan “Block this site” pada tetingkap popup.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×