Maybank2u dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pelanggan mereka kini tidak lagi akan dapat meluluskan transaksi pada melalui aplikasi M2U MY.Maybank menyatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada usaha berterusannya untuk melindungi keselamatan perbankan dalam talian pelanggan.
Ini kerana, pengesahan bagi Secure2u telah dipindahkan sepenuhnya ke aplikasi MAE.
Secure2u boleh diaktifkan melalui aplikasi MAE dan diperlukan untuk meluluskan transaksi berikut:
- Laman web / aplikasi M2U
- Aplikasi MAE
Secure2u pada MAE adalah bagi menggantikan SMS TAC untuk menghalang scammers daripada mencuri SMS TAC anda melalui aplikasi palsu.
Secure2u hanya terikat kepada satu peranti pada satu-satu masa. Ini memberikan perlindungan tambahan untuk akaun bank anda.
Oleh itu para pelanggan Maybank2u diminta memuat turun aplikasi MAE dan aktifkan Secure2u untuk meneruskan urusan perbankan atas talian tanpa sebarang gangguan.
Cara aktifkan Secure2u Melalui Aplikasi MAE Maybank
Jadi kepada Anda yang nak aktifkan fungsi secure2u Anda bolehlah follow step yang kami kongsikan di bawah ni.
1. Untuk permulaan sila Muat Turun aplikasi MAE di telefon Anda terlebih dahulu dan Anda perlu buka Aplikasi MAE tersebut.
2. Dekat paparan utama ni, bagi Anda yang nak aktifkan fungsi Secure2u, Anda perlu klik pada bahagian Secure2u, dekat sini Anda perlu login akaun Maybank2u Anda.

3. Sila masukkan Password dan Anda perlu klik dekat bahagian Next.

4. Secara automatik Anda akan dibawa ke paparan yang seterusnya. Seterusnya Anda perlu klik dekat bahagian Activate Now.

5. Dan dekat sini Anda perlu sahkan nombor telefon untuk Anda menerima Nombor OTP pengesahan pendaftaran Secure2u.
6. Sekiranya nombor tersebut adalah betul, Anda perlu klik dekat bahagian Confirm.

7. Nombor OTP akan dihantar automatik ke SMS Anda. Sila semak SMS Anda dan Anda perlu masukkan Nombor OTP yang Anda terima tu dekat bahagian yang tersedia.

8. Selepas itu, Anda perlu klik dekat tanda Right di bawah kanan skrin dan pada paparan seterusnya ni Anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
9. Sekiranya Anda mendaftar Maybank menggunakan nombor perniagaan dekat sini Anda perlu masukkan Nombor Perniagaan ataupun Nombor Sijil SSM Anda.
10. Selepas sudah memasukkan Nombor ID seterusnya Anda perlu klik dekat bahagian Continue.

11. Dan sini secara automatik dia akan keluar nama peranti Anda.
12. Sekiranya Anda menggunakan samsung, dekat sini dia akan tulis samsung.
13. Seterusnya Anda perlu klik pada bahagian Continue.

14. Anda sudah pun selesai mengaktifkan fungsi Secure2u melalui aplikasi MAE.
Cara Mengesahkan Transaksi Dengan Secure2u
Kepada Anda yang telah berjaya aktifkan secure2u, step seterusnya Anda perlu sahkan transaksi guna secure2u, jom semak caranya dibawah ini:
- Setelah Anda mengaktifkan Secure Verification.
- Anda akan menerima maklumat Push Notification Alert pada telefon pintar Anda.
- Ini ialah peranti yang Anda daftarkan untuk Secure2u.
- Klik pada Push Notification Alert untuk melihat Pengesahan Selamat Anda.
- Kemudian Luluskan atau Tolak transaksi dalam masa 50 saat.
- Pastikan Anda telah Enable fungsi Push Notification Alert untuk aplikasi Maybank2u MY/MAE pada telefon pintar Anda.
Maklumat Lanjut boleh layari Maybank2u.
SUMBER: Maybank