APDM | Pernahkah anda mendengar mengenai APDM? APDM merupakan satu Aplikasi Pangkalan Data bagi merekodkan kehadiran murid ke sekolah. Pengendalian data murid adalah melibatkan pihak sekolah, PPD serta JPN. Selain itu, guru kelas atau guru mata pelajaran perlu mengisi data kehadiran.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai sistem ini secara lebih lanjut.

APDM eKEHADIRAN 2020
APDM eKehadiran 2020 merupakan sistem bagi merekodkan kehadiran murid ke sekolah. Melalui sistem ini guru serta pihak pengurusan sekolah dapat mengumpul dan menganalisa data kehadiran murid secara harian, mingguan, bulanan dan juga secara tahunan.
LOGIN APDM
Sila layari sesawang bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid iaitu seperti berikut http://apdm.moe.gov.my . Di sebelah kiri laman web tersebut, anda hanya perlu log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan. ID Pengguna ialah Kod sekolah. Manakala, kata laluan ialah Default password yang diberikan oleh sistem kepada Admin yang dilantik sekolah. Admin satu sekolah disarankan supaya menukar kata laluan selepas log masuk buat pertama kali sebagai keselamatan akaun.
Siapa yang menggunakan APDM?
Selain admin APDM di PPD dan JPN, guru kelas serta seorang admin yang ditugaskan di setiap sekolah merupakan pengguna utama dalam sistem pendidikan APDM ini.
Admin Sekolah
Kebiasaannya, Penolong Kanan Hal Ehwal Mrid (PK Hem) akan menjadi Admin sekolah. Tugas admin sekolah adalah bagi membantu mengendalikan data murid/sekolah di antara guru kelas dengan pihak admin APDM di PPD. Admin Sekolah juga akan membantu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Guru Kelas semasa mengakses APDM.
Panduan Log Masuk
Langkah 1:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Layari laman web Aplikasi Pangkalan Data Murid iaitu https://apdm.moe.gov.my/
[/su_list]
Langkah 2:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Logmasuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata laluan
- Klik butang HANTAR untuk log masuk ke dalam sistem.
[/su_list]
SSO KPM
Single sign on atau SSO merupakan satu sistem pengurusan sekolah, guru dan murid dalam diwujudkan didalam satu sistem yang sama.

| 1. | Surat Pengemaskinian Maklumat Murid Bagi Pembayaran KWAPM Tahun 2020 baharu! |
| 2. | Surat Pengemaskini APDM Tahun 2020 baharu! |
| 3. | Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid baharu! |
| 4. | Pengumpulan Dan Perolehan Data Sekolah, Guru Dan Murid |
| 5. | Proses Pengesahan Kelahiran JPN |
| 6. | Manual Pengguna tagging murid DLP |
| 7. | Panduan Kemaskini Maklumat Bukan Warga dan Warga Tanpa Dokumen GURU | ADMIN |
| 8. | MANUAL APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) |
| 9. | MANUAL PENGGUNA SUB-MENU APDM |
| 10. | INFOGRAFIK APDM |
Mendaftar Guru Kelas Baru/ Mengganti Guru Kelas Lama
Maklumat guru kelas juga perlu sentiasa dikemaskini oleh Admin sekolah. Jika terdapat guru baharu di sekolah tersebut, Admin sekolah perlu menambah rekod guru tersebut didalam sistem APDM. Admin sekolah juga perlu memadam maklumat guru lama yang tidak lagi berkhidmat di sekolah tersebut.
Mendaftar Kelas Baru / Memadam Kelas Lama
Jika terdapat kelas baharu yang dibuka, Admin sekolah harus mengemaskini maklumat kelas tersebut di dalam APDM dengan segera bagi melancarkan proses penambahan rekod murid oleh Guru Kelas nanti.
Tambah Kelas
Klik Tambah Kelas jika ingin menambah kelas baru dan klik Kemaskini dihujung nama kelas baru.
Padam Kelas
Klik Padam pada hujung nama kelas yang lama dan selesai. Admin sekolah dinasihatkan supaya menyemak dan memastikan kelas yang dipadam/dibuang tiada murid.
Muat Turun / Menyimpan Data Murid dalam bentuk Exel
Jika pihak sekolah memerlukan perkongsian data murid bagi analisis atau bagi kegunaan lain, Admin sekolah serta Guru Kelas boleh terus memuat turun maklumat data murid sekolah.
Borang APDM 2020
Berikut adalah borang kosong apdm yang boleh digunakan oleh guru kelas untuk sesi pendaftaran pelajar baharu. Sila muat turun di sini.