Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai. Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Majlis Perbandaran Nilai dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-
Maklumat Jawatan
Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
2. Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11
Tarikh Tutup : 5 Disember 2019
Minima Kelayakan :PMR / Diploma
Gaji: RM1,218.00 – RM5,674.00
Kelayakan & Syarat
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya PMR / Diploma untuk memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain syarat dan kelayakan serta bidang tugas untuk jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.
Cara Memohon (Klik di Bawah)
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00.
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-
i) Salinan MyKad dan Salinan Sijil Lahir
ii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang)
iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan
3. Permohonan yang berikut akan ditolak :-
i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA / IPTS untuk perkhidmatan Awam (https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php)
iii) tidak lengkap atau tidak terang;
iv) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
v) tidak menulis nombor MyKad dan nama jawatan yang di pohon;
vi) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
vii) tidak ditandatangani; dan
viii) permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.
5. Tarikh Permohonan Ditutup : 05 DISEMBER 2019 (KHAMIS)
6. Alamat Jabatan :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Nilai
No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai
Peti Surat No. 52
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7989112
Catatan Am (PENTING – SILA AMBIL PERHATIAN) :-
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan/atau temu duga. Calon-calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa panggilan Ujian Fizikal dan panggilan Temu Duga di laman web MPN www.mpn.gov.my.
b) Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri ujian fizikal dan temu duga kelak tidak akan ditanggung oleh MPN;
c) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.
d) Semua SALINAN SIJIL TIDAK PERLU DISAHKAN oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri.
** Untuk maklumat lanjut & syarat permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI
Info Tambahan
P/S: Sila layari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk meneruskan pencarian pekerjaan anda dalam sektor kerajaan kerana kerjakosong.co menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor kerajaan.
Sila layari juga laman Jawatan Kosong Swasta untuk memohon kerja di sektor swasta atau layari laman Jawatan Kosong Negeri Sembilan untuk pencarian kerja di Negeri Sembilan.
SELAMAT MEMOHON DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !