Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPK)Majlis Perbandaran Kangar (MPK) adalah merupakan kerajaan tempatan bagi bandar Kangar di Perlis, Malaysia.
PerlisTutup permohonan: 30 Mac 2020

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang kini dibuka untuk semua Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-

Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Penolong Pegawai Undang-Undang
2. Penolong Jurutera
3. Penolong Pegawai Penilaian
4. Penolong Akauntan
5. Pembantu Penilaian
6. Pembantu Tadbir (Kewangan)

Tarikh Tutup : 30 Mac 2020
Minima Kelayakan : SPM / Diploma
Gaji : Rujuk Iklan

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Mempunyai sekurang-kurangya sijil kelayakan SPM / Diploma untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi jawatan ini, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

CARA MEMOHON (Klik di Bawah)



1) Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS – 12 – R1 yang boleh didapatkan dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dan semua permohonan jawatan perlu disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

– Kad Pengenalan ( depan dan belakang ),
– Sijil Kelahiran,
– Sijil Berhenti Sekolah,
– Sijil-sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),
– Sijil Kegiatan Luar (jika ada),

2) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

3) Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

4) Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan yang memohon dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumen-dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut:

– Surat Pengesahan Ketua Jabatan,
– Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini,
– Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini,
– Salinan surat kelulusan perisytiharan harta, dan
– Salinan penyata gaji yang terkini.

5) Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan tersebut di atas ialah pada 30 Mac 2020 (Isnin), selewat-lewatnya sebelum jam 5.00 petang.

MAKLUMAT AM 

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :

i) Tidak menyertakan salinan dokumen/Sijil yang disyaratkan ;
ii) Menyertakan salinan dokumen/Sijil yang tidak dibuat pengesahan;
iii) Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang / jelas;
iv) Memohon jawatan yang tidak diiklankan;
v) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
vi) Borang permohonan tidak ditandatangani;
vii) Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan; dan
viii) Borang permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.

2. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

ALAMAT PERMOHONAN

1. Permohonan yang lengkap diisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamat dan disampaikan kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

2. Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja.

3. Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

–> Untuk maklumat lanjut & borang permohonan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di negeri Perlis? Teruskan pencarian dengan melayari laman Jawatan Kosong Perlis kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di negeri Perlis.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!