Waktu Operasi UTC Seluruh Negara 2019

UTC

Waktu Operasi UTC Seluruh Negara 2019

Perhatian buat semua rakyat Malaysia, anda pasti pernah mendengar malah pergi ke Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre yang lebih dikenali sebagai UTC. Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pertukaran waktu operasi bagi UTC di seluruh negara. Berikut adalah waktu operasi UTC bagi seluruh negara yang terkini termasuklah pekhidmatan kaunter.

UTC adalah sebuah pusat sehenti atau one stop centre bagi seluruh rakyat Malaysia untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan seperti jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga perkhidmatan swasta seperti bank dan pos semuanya di bawah satu bumbung.

utc

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah melaksanakan kajian sebelum ini bagi melihat kesesuaian waktu operasi UTC. Sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan, waktu operasi UTC seluruh negara telah dipendekkan kepada pukul 8.00 pagi hingga 7.00 petang.

Walau bagaimanapun, maklum balas yang diberikan oleh orang ramai memohon agar operasi di beberapa lokasi UTC perlu dipanjangkan semula sehingga 10.00 malam. Oleh itu, MOF telah melakukan kajian sekali lagi dan menetapkan tujuh buah UTC yang lokasinya terletak di dalam pusat membeli-belah agar dilewatkan waktu operasinya.

Waktu Operasi UTC Terkini Seluruh Negara Mulai 4 Mac 2019


Bermula 22hb Januari 2019, waktu operasi UTC bagi seluruh negara adalah mengikut ketetapan berikut seperti siaran media MoF (Kementerian Kewangan Malaysia), Namun, Waktu Operasi UTC di Sabah dan Sarawak dipinda sekali lagi mulai 4 Mac 2019 :-

WAKTU OPERASI UTC TERKINI

UTC
HARI BEKERJA
HARI TIDAK BEKERJA
Shah Alam, Selangor,
Keramat, Kuala Lumpur,
Seremban, Negeri Sembilan
Isnin – Khamis
1.00 tengahari – 10.00 malam
Rehat
7.00 petang – 8.00 malam
Jumaat
2.45 petang – 10.00 malam
Sabtu – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang
Alor Setar, Kedah
Johor Bahru, Johor
Kota Bharu, Kelantan
Kuala Terengganu, Terengganu
Ahad – Khamis
1.00 tengahari – 10.00 malam
Rehat
7.00 petang – 8.00 malam
Jumaat – Sabtu

8.00 pagi – 5.00 petang 

Rehat Solat Jumaat
12.15 tengahari – 2.45 petang
Kota Kinabalu, Sabah
Keningau, Sabah
Tawau, Sabah
Isnin – Jumaat
10.00 pagi – 7.00 petang
Sabtu – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang
Solat Jumaat
11.30 pagi – 2.00 petang
WP Labuan
Isnin – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang
Solat Jumaat
11.30 pagi – 2.00 petang
Kuching, Sarawak
Miri, Sarawak
Sibu, Sarawak
Isnin – Jumaat
10.00 pagi – 7.00 petang
Sabtu – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang
Solat Jumaat
11.45 pagi – 2.15 petang
Kangar, Perlis
Sungai Petani, Kedah
Ipoh, Perak
Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Sentul, Kuala Lumpur
Bandaraya Melaka, Melaka\
Pasir Gudang, Johor
Kuantan, Pahang
Isnin – Ahad
8.00 pagi – 5.00 petang
Solat Jumaat
12.15 tengahari – 2.45 petang
UTC tetap akan beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu kecuali cuti umum. 

Diharapkan perkongsian mengenai Waktu Operasi UTC yang terkini ini dapat membantu memudahkan urusan semua rakyat Malaysia dalam mendapatkan perkhidmatan di pusat berkenaan. Semoga segala urusan anda berjalan dengan lancar.

 

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Info Lain

  1. Bantuan Sara Hidup BSH 2019: Mohon Online Dan Kemaskini
  2. Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2019 Masih Diteruskan
  3. Permohonan Online Bantuan Sihat Selangor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.