Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020 | Jika anda telah kehilangan pekerjaan anda sejak 1 Januari 2018, anda boleh membuat permohonan di Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) atau Employee Insurance System (EIS).

Portal Rasmi kami akan kongsikan kepada anda mengenai cara pendaftaran SIP bagi rujukan anda semua.

APA ITU EIS SISTEM INSURANS PEKERJAAN PERKESO

Melalui program ini, bantuan kewangan segera akan berikan sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan) dalam masa 7 hari selepas pengesahan kehilangan kerja. SIP juga menyediakan program penempatan pekerjaan semula serta faedah tunai interim.

SIP adalah layak bagi semua warganegara Malaysia yang telah mencarum dengan PERKESO kecuali bagi yang hilang pekerjaan akibat salah laku mereka sendiri, tamat kontrak, bersara atau perletakan jawatan secara sukarela.

Disamping itu, melalui program ini juga pencarum PERKESO yang telah hilang pekerjaan akan dibantu bagi mendapatkan pekerjaan baharu melalui program yang disediakan iaitu penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri ketika itu mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju bagi melaksanakan SIP yang bakal dinikmati oleh 6.5 jura pekerja dalam sektor swasta.

SIP mempunyai dua kompenen iaitu Active Labour Policies (ALMPs) dan insuran pekerja (Employment Insurance).

  • Komponen Pertama : sebagai tambahan kepada bantuan kewangan, pekerja yang terjejas akan disokong dengan program perkhidmatan pekerjaan semula untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan secepat mungkin yang baharu dan sesuai. Ini termasuk bantuan kaunseling kerjaya, carian dan padanan pekerjaan serta latihan.
  • Komponen Kedua : bagi pekerja yang terjejas, mereka akan diberikan bantuan kewangan sementara bagi mneyokong diri serta keluarga mereka semasa mencari pekerjaan baharu. mereka juga akan diberi tambahan bantuan kewangan jika menjalani program latihan yang dikreditasikan kepada mereka bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Permohonan SIP boleh dilakukan sekali sahaja iaitu dengan maksima tuntutan sebanyak tiga kali dalam tempoh 1 Januari – 31 Disember.

CARA MEMOHON SIP PERKESO?





Pemohonan SIP boleh dilakukan secara atas talian (online). Pemohon hanya perlu mengisi serta menyertakan sekali borang dan perintah atau surat pengesahan termasuklah mendaftar diri sebagai pencari kerja.

Bagi pemohonan yang lengkap dan terus diproses serta disemak kelayakan berdasarkan syarat kelayakan dan kelayakan am. Seterusnya, pemohonan tersebut akan dihantar keĀ PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku.

Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucer dan pemidahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari portal rasmi SIP di https://www.perkeso.gov.my/sip/

eis berminat untuk memohon

FAEDAH SIP

Antara faedah SIP adalah :

  • Memberikan perkhidmatan serta sokongan kerja bagi Orang Berinsurans bagi mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
  • Memberikan elaun bagi mencari pekerjaan bagi tempoh maksimum 6 bulan mengikut syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula (EMP)
  • Memberi elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan (EL)
  • Menyediakan yuran latihan bagi Orang Berinsurans yang akan dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar (FL)
  • Memberi elaun bekerja semula awal sebagai insentif untuk menggalakkan Orang Berinsurans suapaya kembali bekerja dengan segera (EBSA)
  • Memberi elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan (EPB)

faedah sip eis

Jika anda ingin membolehkan anda membuat tuntutan SIP, anda serta bekas majikan anda perlu mencarum sebanyak RM7.90 jika berpendapatan lebih RM5000 sebulan dan RM1.90 jika berpendapatan RM1000 sebulan. Faedah tersebut juga bergantung kepada syarat kelayakan mencarum minima sebanyak 12 bulan atau maksima 24bulan bagi setiap tuntutan.

Untuk membolehkan anda membuat tuntutan SIP Perkeso Login, anda dan bekas majikan perlu mencarum sebanyak RM1.90 sekiranya berpendapatan RM1,000 sebulan atau RM7.90 bagi gaji melebihi RM5,000 ke atas. Bantuan kewangan akan diberi selama 6 bulan maksimum, dan berjumlah RM10,800 maksimum.

APAKAH ELAUN MENCARI PEKERJAAN (EMP)?

  • EMP atau Elaun Mencari Pekerjaan akan dibayarkan kepada penganggur semasa mereka mencari pekerjaan bagi tempoh 3 hingga 6 bulan. Jumlah EMP yang diberikan adalah bergantung kepada peratusan kadar bulanan secara menurun iaituĀ 80%, 50%, 40%, 40%, 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).
  • Pada masa yang sama, penerima EMP perlu mendaftar sebagai pencari kerja serta mengikuti program penempatan semula pekerjaan secara aktif. Semasa menerima EMP, penerima juga layak untuk menerima EBSA dan EL jika layak.

APAKAH ELAUN BEKERJA SEMULA AWAL (EBSA)?

  • EBSA atau Elaun Bekerja Semula Awal adalah menggalakan orang yang telah kehilangan pekerjaan bagi mendapatkan pekerjaan baharu dalam masa yang singkat. Jika faedah ini tidak dijalankan, para penganggur tidak akan mencari kerja dengan cepat sebaliknya hanya ingin menghabiskan waktu menggangur mereka sambil menikmati EMP hingga 6 bulan.
  • Pekerja yang kembali bekerja semula akan menerima gaji pada akhir bulan, oleh itu EBSA akan memberikan bantuan kewangan sementara hingga beliau menerima gaji pada bulan itu.

APAKAH ELAUN LATIHAN (EL)?

  • EL atau Elaun Latihan akan dibayarkan kepada pekerja berdasarkan keperluan serta pemohonan beliau. EL adalah 25% daripada gaji yang telah diinsurankan dan ia dibayar sevara bulanan dengan minimum RM10 dan maksimum RM20 sehari mengikut berapa hari beliau menghadiri latihan.
  • Modul serta jenis latihan adalah mengikut pasaran pekerjaan yang telah ditentukan sendiri oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) atau lain – lain agensi.

BAGAIMANA FI LATIHAN (FL) DIBAYAR?

  • FL akan dibayar terus kepada penyedia latihan berdasarkan kehadiran OB ke program yang telah diadakan.
  • Penyedia latihan wajib berdaftar dengan PERKESO sebagai penyedia latihan yang bertauliah bagi memberi latihan kepada OB.
  • Kualiti penyedia latihan akan sentiasa dipantau oleh JPK. Namun begitu, modul serta jenis kursus latihan akan ditentukan oleh kementerian serta sejajar dengan program pasaran buruh yang aktif.

APAKAH ELAUN PENDAPATAN BERKURANG (EPB)

  • EPB akan dibayar sekaligus kepada pekerja yang telah kehilangan pekerjaan oleh majikan yang telah menamatkan pekerjaannya namun masih bekerja dengan majikan lain.
  • Kaedah pengiraan EPB adalah sama dengan EMP iaitu dengan peratusan faedah menurun 80%, 50%, 40%, 40% 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan (GYD).

KADAR CARUMAN EIS

Kadar caruman SIP adalah tambahan bagi 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada jumlah gaji bulanan pekerja.

Sebagai contoh, jika gaji pekerja adalah RM2500 maka SIP :

0.2% x 2500 = RM5 (syer pekerja)
0.2% x 2500 =RM5 (syer majikan)

Jumlah = RM10

Maka jumlah wang yang akan ditolak daripada gaji hanyalah RM5 daripada syer pekerja. kadar caruman adalah tertakluk pada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Jika pekerja telah melanggar peraturan SIP PERKESO dan telah didapati bersalah maka pekerja tersebut akan dikenakan hukuman samada penjara hingga 2tahun atau perlu membayar denda maksimum RM10000.

Anda juga boleh melakukan login eis perkeso claim.

STATISTIK PEMBERHENTIAN KERJA 2015-2017

Statistik pemberhentian kerja bagi 3 tahun kebelakang ini adalah 44,343 (2015), 37,699 (2016) dan 17,798 (sehingga Jun 2017). Namun, berdasarkan kajian oleh ILO jumlah sebenar pekerja yang hilang pekerja adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan kepada JTK.

Menurut kajian, kadar pengangguran adalah sebanyak 3.5% atau 450000 penggangur tenaga buruh pada tahun 2015, 70% digunakan bagi yang pernah bekerja sebelum menjadi penganggur dimana berpotensi untuk menuntut faedah SIP.

Semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998, pekerja tempatan yang telah diberhentikan adalah sebanyak 121,222 manakala semasa krisis subprima USA pada 2007/2009 adalah seramai 154,000

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Sila Share Artikel Ini Dahulu!