Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2019 Masih Diteruskan



Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2019 Masih Diteruskan

Perhatian buat semua rakyat dan penduduk negeri Selangor. Berita baik untuk anda kerana bantuan kerajaan negeri untuk tahun 2019 masih diteruskan. Setiap negeri mempunyai belanjawan yang tersendiri mengikut kerajaan yang memerintah negeri terbabit. Inisiatif dan program yang dijalankan semestinya mementingkan kebajikan rakyat negeri masing-masing. Berikut adalah senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2019 di bawah kerajaan Pakatan Harapan..

Bantuan Kerajaan Negeri Selangor turut dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Dahulunya dikenali sebagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor ianya adalah di bawah agenda “Hasil Negeri Untuk Rakyat”. Pada permulaannya sekitar Mac 2008, 7 buah program pengagihan telah dijalankan dan kemudiannya ditambah peringkat demi peringkat berdasarkan keperluan semasa agar kebajikan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dapat dijaga

gif,GIF89a%01%00%01%00%80%00%00%00%00%00%FF%FF%FF%21%F9%04%01%00%00%00%00%2C%00%00%00%00%01%00%01%00%00%02%01D%00%3B

Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2019 (IPR – Inisiatif Peduli Rakyat)

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 16 Inisiatif Peduli Rakyat yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor daripada pelbagai aspek seperti pendidikan, perumahan, dan sebagainya. Senarai bantuan kerajaan tersebut akan diperjelaskan secara ringkas seperti di bawah:

Inisiatif Peduli Rakyat 1 : Air Bersih 20,000 liter Percuma Setiap Bulan

bantuan kerajaan selangor

Mulai Jun 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah melaksanakan program pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Negeri Selangor. Ianya bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen air bersih untuk setiap bulan.

Pemberian faedah ini adalah kepada semua rakyat tanpa mengira taraf ekonomi, fahaman politik dan kaum tetapi tinggal di dalam kawasan negeri Selangor. Ia bertujuan untuk meringankan beban kehidupan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah yang semakin tertekan dengan kadar sara hidup tinggi.

Syarat Kelayakan Bantuan Air Bersih Percuma (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)

Bantuan air percuma 20 meter padu ini hanya layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi mereka yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri atau apartment, pengguna hendaklah menukar kepada meter individu terlebih dahulu untuk mendapatkan bantuan ini tertakluk kepada syarat ditetapkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) untuk urusan penukaran meter.

Cara Pelaksanaan

Kerajaan Negeri Selangor akan terus membuat pembayaran kepada pihak SYABAS. Rekod pembayaran oleh Kerajaan Negeri Selangor ini akan dicatat di setiap bil penggunaan air SYABAS yang diterima oleh pengguna yang layak setiap bulan.

Inisiatif Peduli Rakyat 2 : Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

bantuan kerajaan selangor

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini merupakan skim bantuan khairat kematian yang diberikan kerajaan untuk menghargai warga emas tidak kira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial masing-masing. Ia diberikan bagi mengurangkan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati sebagai contoh pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati dan lain-lain.

Syarat Kelayakan Bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)

  1. Warga Emas yang layak mendaftar mestilah seorang Warga negara Malaysia berusia 60 tahun ke atas; dan
  2. Dilahirkan dan sedang menetap di Negeri Selangor; atau
  3. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 dan sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilyah Persekutuan; atau
  4. Bermastautin di Negeri Selangor secara sah selama sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang tidak dilahirkan di Negeri Selangor)Sila rujuk: 

Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor – Inisiatif Peduli Rakyat 3 : Tabung Warisan Anak Selangor

bantuan kerajaan selangor

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008. Ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang mencukupi syarat dan diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Menerusi Tabung Amanah yang diuruskan Kerajaan Negeri Selangor ini, Ahli TAWAS akan mendapat RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Syarat Kelayakan Bantuan TAWAS (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)



KELAYAKAN PERMOHONAN TAWAS

SYARAT 1 SYARAT 2 SYARAT 3
Permohonan terbuka kepada Anak Selangor iaitu rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut Permohonan terbuka kepada ‘Anak yang lahir di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria berikut: Permohonan terbuka kepada ‘Anak yang lahir di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria berikut:
  • Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1 Januari 2008 DAN warganegara Malaysia
  • Warga negara Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
  • Dilahirkan di negeri Selangor mulai 1 Januari 2008
  • Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan WPKL) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1 Januari 2008 
  • Ibu atau bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor paling kurang 5 tahun
  • Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor (Negeri Sembilan, Perak dan WPKL) dan permastautin tetap di negeri Selangor

 

  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin
  • Perlu dapatkan cop pengesahan bermastautin daripada ketua kampung / penghulu / pengerusi taman perumahan sahaja

 

Sila rujuk:

Inisiatif Peduli Rakyat 4 : Hadiah Pengajian IPT

bantuan kerajaan selangor

Inisiatif Peduli Rakyat yang ke-empat oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (IPT). Individu yang bakal melanjutkan pelajaran di IPT akan dihadiahkan bantuan pengajian sebanyak RM1,000 sekali bergantung kepada kelayakan.

Syarat Kelayakan Bantuan Hadiah Pengajian IPT (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)

  1. Terbuka kepada mereka yang berwarganegara Malaysia sahaja
  2. Pemohon mestilah merupakan rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria berikut:
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor
  3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama)
  4. Telah ditawarkan tempat untuk menyambung pelajaran secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
  5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  6. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa / Penjaga Pemohon berjumlah RM5,000 ke bawah sahaja.
    Nota: Kursus/Pengajian berikut adalah tidak layak untuk memohon: Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan/ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI/ KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK)

Kaedah Permohonan Hadiah Pengajian IPT

  1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Sistem Permohonan HPIPT seperti di bawah:
  2. Pemohon yang memilih permohonan secara atas talian (online) perlu mencetak Borang Permohonan HPIPT online yang telah diisi dengan lengkap untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang disediakan
  3. Pemohon yang membuat permohonan secara manual pula perlu menyemak dan memastikan Borang Permohonan HPIPT telah siap diisi dengan lengkap sebelum mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkenaan di ruangan yang disediakan
    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut (salinan):-

    • Sijil Kelahiran Pemohon
    • Kad Pengenalan / MyKad Pemohon
    • Kad Pengenalan / MyKad Ibu dan Bapa Pemohon
    • Surat Tawaran Kemasukan IPT yang dikeluarkan oleh IPT
    • Penyata Pendapatan / Penyata KWSP / Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau
    • Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga pemohon (Sekiranya bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara dengan pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung; atau
    • Kad Pesara dan Penyata Bayaran Pencen terkini ibu bapa / penjaga pemohon  (sekiranya pesara kerajaan)
    • Salinan muka depan dan mukasurat, transaksi terakhir Buku Akaun Bank Pemohon (yang terdapat no. akaun dan transaksi terakhir)

Untuk pengetahuan lanjut, sila rujuk:

Inisiatif Peduli Rakyat 5  : Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

bantuan kerajaan selangor

Program Tabung Anak Pekerja Ladang adalah sebuah program bertujuan untuk membantu anak-anak pekerja ladang mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang dalam pelajaran. Objektif utama adalah bagi membantu anak-anak pekerja ladang meningkatkan prestasi pelajaran di samping mendapat kemahiran teknikal (bagi yang kurang cemerlang dalam bidang akademik)

Syarat Kelayakan Bantuan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

  1. Ibu atau bapa merupakan pekerja ladang dan dilahirkan di Negeri Selangr atau bermastautin di Negeri Selangor tidak kurang daripada 5 tahun.
  2. Berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan.

Cara Pelaksanaan

Terdapat beberapa jenis bantuan yang diberikan dan berikut adalah penjelasannya:

  • Bantuan Biasiswa (One-Off) kepada anak pekerja ladang diberikan untuk membiayai pembayaran semester pertama pembelajaran.
  • Pembiayaan pembelajaran dan sara hidup sepanjang pembelajaran di Program Kemahiran Teknikal, Kolej INSPENS.
  • Program Kelas Tambahan Sekolah Tamil di Ladang Negeri Selangor untuk pelajar-pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Program-program peningkatan pembelajaran bagi anak-anak pekerja ladang dengan usahasama bersama-sama Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) yang membantu meningkatkan pembelajaran anak-anak pekerja ladang.
  • Bantuan kewangan bagi Sekolah-Sekolah Tamil di Ladang yang diperlukan oleh pihak sekolah untuk membiayai pembayaran guru-guru sekolah, penyelenggaraan bangunan sekolah, pembelian peralatan dan kemudahan sekolah serta pembinaan pondok bacaan.
  • Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah yang diberikan untuk membiayai tambang bas sekolah bagi anak- anak pekerja ladang.
  • Program penyerahan sumbangan/ hadiah kecemerlangan UPSR untuk anak-anak pekerja ladang berbentuk majlis penyerahan sumbangan (cermin mata) dan hadiah kecemerlangan pelajar UPSR.

Inisiatif Peduli Rakyat 6 : Skim Kesihatan Wanita

bantuan kerajaan selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan Skim Kesihatan Wanita Selangor berikutan ramai wanita yang bekerja untuk menyara keluarga dan pentingnya kesihatan wanita terjaga dan berada dalam keadaan yang optimum. Melalui skim ini, program-program kesihatan khusus untuk wanita diberikan bagi mereka yang berkelayakan.

Syarat Kelayakan Bantuan Skim Kesihatan Wanita (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)

  1. Wanita yang berusia 35 tahun ke atas; dan
  2. Lahir dan sedang menetap di Selangor (Sekiranya tidak dilahirkan di Selangor, mestilah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun)

Cara Pelaksanaan

Terdapat beberapa jenis program yang telah dijalankan menerusi skim ini, antaranya ialah:

  • ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ yang memberikan Mammogram percuma bagi wanita
  • Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti atau program yang dijalankan di bawah skim ini, sila hubungi Pusat Khidmat DUN berdekatan anda menerusi pautan di bawah:

Inisiatif Peduli Rakyat 7 : Skim HIJRAH (SkimSel + Mimbar)

bantuan kerajaan selangor

Skim ini telah diwujudkan bertujuan untuk melebarkan golongan kelas pertengahan di Negeri Selangor seperti yang dihasratkan oleh Menteri Besar dalam Belanjawan 2015. Ianya boleh dicapai dengan pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri Selangor.

Yayasan Hijrah Selangor bertanggungjawab dalam mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil. Ini berikutan mereka sering menghadapi masalah kekurangan modal dan cara untuk mendapatkan modal tambahan atas beberapa faktor. Kerajaan Negeri Selangor pula akan memberikan modal pusingan pelaksanaan program berjumlah RM100 juta sebagai penganjur program.

Syarat Kelayakan Bantuan Hijrah Selangor (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)

Untuk melayakkan diri menyertai skim ini, penjaga dan peniaga kecil perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:-

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  2. Mempunyai premis perniagaan yang khusus
  3. Memiliki lesen/ permit perniagaan yang sah
  4. Tidak memiliki rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  5. Terhad kepada satu jenis pinjaman di bawah Skim HIJRAH Selangor sahaja dalam satu-satu masa
  6. Hanya satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH Selangor sahaja dalam satu-satu isi rumah
  7. Terhad kepada satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH Selangor sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
  8. Mesti terlibat secara langsung di dalam perniagaan

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim ini, sila rujuk atau hubungi butiran berikut:

    • Alamat: Yayasan Hijrah Selangor, Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
    • Telefon: 03-55212458 / 03-55191692
    • Faks: 03-55212458
    • Laman Web Rasmi : Hijrah Selangor
    • Facebook : Facebook Rasmi Hijrah Selangor

Inisiatif Peduli Rakyat 8 : Pusat Tuisyen Rakyat Selangor

bantuan kerajaan selangor

Sebagai salah satu dasar kerajaan negeri, skim ini berobjektif untuk menolong rakyat yang berpendapatan rendah dengan memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak mereka. Ini secara tak langsung dapat membantu mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan seperti ini di samping memamtapkan jati diri pelajar. Bantuan akan diberikan dalam bentuk kelas tambahan atau tuisyen secara percuma kepada mereka yang layak

Syarat Kelayakan Bantuan Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)

Hanya pelajar tertentu yang layak untuk menerima bantuan ini dan berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dilepasi:

  1. Pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah dalam subjek yang ditetapkan.
  2. Pelajar mestilah berasal daripada keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,000

Mata Pelajaran

Mata pelajaran yang ditawarkan bagi Pusat Tuisyen Rakyat Selangor adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah

Inisiatif Peduli Rakyat 9 : Skim Asuh Pintar

bantuan kerajaan selangor

Skim ini dahulunya dikenali sebagai SIKEMBAR telah dinamakan semula sebagai Skim Asuh Pintar iaitu singkatan bagi Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar. Melalui skim ini, ibu bapa yang berkelayakan akan mendapat bantuan dari segi yuran TASKA atau Nurseri untuk anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah.

Syarat Kelayakan Bantuan Skim Asuh Pintar

  1. Berkewarganegaraan Malaysia (seperti yang dinyatakan dalam MyKad)
  2. Menepati salah satu daripada kriteria berikut:
    a) Ibu ATAU Bapa yang dilahirkan di Selangor dan tinggal menetap di Selangor
    b) ATAU anak yang dilahirkan di Selangor dan sedang tinggal menetap di Selangor
    c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah paling kurang 5 tahun (Mesti mendapatkan pengesahan bermastautin oleh Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  3. Pendapatan seisi rumah berjumlah RM5,000 (gaji pokok) ke bawah yang berkuatkuasa mulai 1 Mei 2018
  4. Suami dan isteri bekerja
  5. Mestilah menghantar anak ke TASKA / Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  6. Terhad kepada 2 orang anak sahaja yang berumur 4 tahun ke bawah
  7. Ibu dan bapa mestilah pengundi berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan tetapi tidak semestinya mengundi di Selangor

Cara Pelaksanaan

  • Ibu Bapa yang memenuhi syarat berikut akan mendapat bantuan sebanyak RM100 setiap bulan bagi yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka.
  • Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.
  • Permohonan mesti dibuat pada atau sebelum 15hb setiap bulan bagi membolehkan penerima mendapat manfaat bagi bulan tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim ini, sila rujuk butiran berikut:

Inisiatif Peduli Rakyat 10 : Skim Bantuan Tadika Selangor

bantuan kerajaan selangor

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) juga merupakan bantuan yuran kepada kanak-kanak tadika yang berkelayakan. Seperti Skim Asuh Pintar, bayaran yuran akan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Syarat Kelayakan Bantuan TUNAS (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)

  1. Berkewarganegaraan Malaysia (seperti tertulis di dalam MyKad)
  2. Menepati salah satu daripada kriteria berikut:
    a) Ibu ATAU Bapa yang dilahirkan di Selangor dan tinggal menetap di Selangor
    b) ATAU anak yang dilahirkan di Selangor dan sedang tinggal menetap di Selangor
    c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah paling kurang 5 tahun (Mesti mendapatkan pengesahan bermastautin oleh Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
  3. Berpendapatan seisi rumah RM3,000 ke bawah
  4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
  5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja

Cara Pelaksanaan

  • Bantuan adalah sebanyak RM50 setiap bulan yang diberikan secara pembayaran terus kepada tadika berkenaan
  • Tarikh tutup bagi pendaftaran baru TUNAS 2019 adalah pada 31 Mac 2019
  • Tarikh tutup pendaftaran semula anak yang berjaya pada skim 2018 (anak kelahiran 2013) adalah pada 28 Februari 2019

Bagi melihat dan memahami lebih lanjut mengenai skim ini, sila rujuk butiran di bawah:

Inisiatif Peduli Rakyat 13 : Khidmat Bas Selangorku Percuma (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)

bantuan kerajaan selangor

Bantuan ini melibatkan penyediaan bas secara percuma dengan tujuan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di samping meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan serta mengurangkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar. Oleh itu kerajaan negeri telah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan lain-lain bagi merealisasikan hasrat ini.

Cara Pelaksanaan

Bas percuma ini akan beroperasi pada waktu ketetapan seperti dinyatakan di bawah dan laluan seperti berikut:

  • Waktu Operasi : Jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam
  • Kekerapan perjalanan : 15-30 minit untuk sampai ke setiap hentian

Sila rujuk pautan di bawah untuk melihat laluan bas percuma Selangor serta maklumat lebih lanjut:

Inisiatif Peduli Rakyat 14 : WI-FI #SmartSelangor Percuma

bantuan kerajaan selangor

Inisiatif ini merupakan pemasangan Hotsport yang memancarkan WIFI (internet) di sekitar negeri Selangor. Lokasi hotspot akan ditambah secara berperingkat sehingga keseluruhan Negeri Selangor mengikut kawasan tumpuan orang, kawasan kampung, kawasan tumpuan para pelajar, serta kawasan golongan berpendapatan rendah.

Sila rujuk butiran berkenaan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut atau sebarang masalah dan pertanyaan:

Inisiatif Peduli Rakyat 15 : Skim Rumah Selangorku

bantuan kerajaan selangor

Seperti negeri-negeri lain, kerajaan negeri Selangor juga mempunyai bantuan dalam pemilikan rumah sendiri khusus untuk rakyat negeri tersebut. Dikenali sebagai Skim Rumah Selangorku, program ini menawarkan bantuan kepada warga Selangor yang berkelayakan untuk membeli sebuah rumah sendiri bernilai tidak melebihi RM250,000 melalui Skim Rumah Selangorku.

Syarat Kelayakan Bantuan

  1. Berkewarganegara Malaysia dan berusia 18 tahun ke atas
  2. Berpendapatan minimum sebanyak RM3,001 sebulan bagi permohonan Rumah Selangorku jenis B, C dan D.
  3. Berpendapatan seisi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000 sebulan sahaja boleh memohon Jenis A manakala pendapatan seisi rumah melebihi RM3,001 sebulan sehingga RM10,000 sebulan boleh memohon Jenis B, C, dan D.
  4. Jika pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan, pemohon masih boleh membuat pilihan Jenis B, C atau D, tetapi bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
  5. Pemohon hanya boleh membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A,B,C atau D.
  6. Pemohon atau pasangan tidak pernah memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
  7. Permohonan pindahmilik hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  8. Pembelian rumah adalah untuk didiami dan tidak boleh untuk disewa
  9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang telah didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam SENARAI MENUNGGU akan dibuang dari sistem bermaksud pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon skim ini.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai skim ini, sila rujuk butiran disediakan di bawah:

Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor – Inisiatif Peduli Rakyat 16 : Skim Peduli Sihat

bantuan kerajaan selangor

Selain Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Selangor turut menyediakan peruntukan bagi Skim Peduli Sihat khusus untuk rakyat Selangor. Ianya adalah perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan seperti pembiayaan rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Syarat Kelayakan Bantuan

  1. Pendapatan seisi rumah berjumlah RM3,000 ke bawah.
  2. Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Cara Pelaksanaan Skim Peduli Sihat (Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor)

  • Peserta yang layak akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat, membolehkan pemegang akaun utama dan tanggungan, isteri juga anak-anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan yang ditetapkan.
  • Bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran yang ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) akan dikenakan di klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat.
  • Terdapat pelbagai lagi program di bawah skim ini antaranya adalah:
    • Program Dialisis Rakyat
    • Early Intervention Programme (EIP)
    • Menangani Denggi & Zika

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila pergi ke pusat ADUN berdekatan ataupun hubungi butiran berikut:

Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor – Inisiatif Peduli Rakyat 17 : Tabung Kumpulan Wang Biasiswa

bantuan kerajaan selangor

Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan bantuan pinjaman kewangan kepada pelajar universiti yang dikenali sebagai Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS). Pinjaman diberikan dari tahap sijil sehinggalah peringkat ijazah pertama di IPT di dalam negara yang tersenarai. Kadar pinjaman ditetapkan mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Kerajaan Negeri Selangor : Tabung Kumpulan Wang Biasiswa

    1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
    2. Pemohon mestilah merupakan rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria berikut:

Peringkat Kelahiran:

  • Pemohon dilahirkan di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin melebihi 5 tahun di Negeri Selangor (Dengan pengesahan Adun/ Penghulu / Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung

Peringkat Pengajian:

  • Pemohon telah mendapat tawaran tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja (Pengajian Jarak Jauh(PJJ) dan Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak dibenarkan memohon)
  • Penajaan: Pemohon tidak menerima sebarang tajaan oleh mana-mana pihak

Pencapaian Akademik:

  • Pemohon yang memperolehi pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan

Bagi yang berminat dan ingin membuat permohonan secara atas talian boleh rujuk kepada pautan sistem TKWBNS seperti di bawah:

Berikut adalah sedikit sebanyak jenis bantuan kerajaan negeri yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi badan bertanggungjawab bagi setiap IPR seperti pautan di bawah :

Diucapkan semoga maju jaya kepada semua yang membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan bagi setiap skim IPR yang disediakan. Semoga perkongsian Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor dapat membantu memudahkan para pemohon untuk memahami dan mengambil peluang bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

 

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Info Lain

  1. Permohonan Online Bantuan Sihat Selangor
  2. KKM: Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini (Suntikan Vaksin)
  3. Cara Tukar Alamat Dalam MyKad 2019


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.