Semakan Yapeim Dana Inspirasi Malaysia | Adakah ibu bapa masih ingat mengenai permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 yang telah dibuat semasa bulan Januari yang lalu? Untuk makluman anda, semakan status permohonan ini telah dibuka pada tarikh yang dikongsikan dibawah. Pelaksanaan Dana Inspirasi Malaysia ini dilakukan secara berperingkat, oleh itu jika anda tidak berjaya semasa fasa pertama, anda boleh memohon bagi fasa seterusnya.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada cara membuat semakan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YAPEIM secara atas talian (online)
Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YAPEIM
Dana Inspirasi Malaysia dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang kurang kemampuan. YaPEIM atau Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia menyasarkan kepada 40000 pelajar dari sekolah serta institusi pengajian tinggi di seluruh negara bakal memperoleh manfaat daripada inisiatif ini. Oleh itu, ibu bapa digalakkan supaya membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan ini.
Semakan YaPEIM – Status Permohonan Online
Berikut dikongsikan maklumat mengenai semakan status permohonan Dana Inspirasiku yang menunjukkan tarikh semakan, cara menyemak serta syarat kelayakan dan maklumat lanjut.
Maklumat Semakan Dana Inspirasi Malaysia
Berikut adalah tarikh semakan Dana Inspirasi Malaysia tahun 2020 bagi Fasa Pertama:
[su_table responsive=”yes”]
Tarikh Penting Semakan Fasa 1 | |
Tarikh Buka | 16 Mac 2020 |
Tarikh Tutup | Akan Dikemaskini |
[/su_table]
Cara Semak Status Dana Inspirasi Malaysia
Semakan status permohonan Dana Inspirasi Malaysia boleh dilakukan secara online. Berikut adalah aplikasi semakan yang disediakan oleh YaPEIM:
1. Layari laman web : http://eamal.yapeim.my/semakan/
2. Isikan No MyKad dan tekan Butang SEMAK
Syarat Kelayakan Memohon Dana Inspirasi Malaysia
Dibawah ini disenaraikan syarat am bagi kelayakan permohonan Dana Inspirasi Malaysia :
Syarat Am Kelayakan :
[su_list icon=”icon: star” indent=”7″]
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Memperoleh surat pengesahan sekolah atau surat tawaran pengajian IPT dalam atau luar negara seperti contoh yang dilampirkan dalam senarai semak
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40
- Slip gaji atau pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan Isi Rumah
- Permohonan hendaklah atas nama ibu, bapa atau penjaga
[/su_list]
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dana Inspirasi Malaysia, anda boleh layari laman web rasmi YaPEIM dan soalan lazim seperti berikut:
– Soalan Lazim FAQ Dana Inspirasi Malaysia : http://diny.yapeim.my:81/modules/isbn/FAQ.pdf
– Kaunter khidmat pelanggan YaPEIM di talian 03-2717 2717
Sy ada anak 4