Saps Ibu Bapa ok? Sistem SAPS semakan ibu bapa merupakan satu sistem yang mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak dan murid secara atas talian. Anda boleh membuat semakan disini secara mudah dan pantas.
Kini, ibu bapa tidak perlu lagi datang ke sekolah jika ingin mendapatkan keputusan peperiksaan anak mereka kerana wujudnya sistem SAPS Ibu Bapa ini. Ibu bapa hanya perlu “Log In” ke sistem bagi menyemak keputusan anak mereka sepanjang tahun 2019.
Penubuhan sistem ini disambut baik oleh semua pihak terutamanya ibu bapa kerana memudahkan proses pemantauan perkembangan dan kemajuan anak-anak di sekolah.
Semakan SAPS Ibu Bapa
Dengan wujudnya sistem ini, ibu bapa juga dapat menyemak Kedudukan Dalam Kelas (KDK) & Kedudukan Dalam Darjah (KDD) untuk sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) untuk sekolah menengah.
Untuk pengetahuan anda, sistem SAPS ini menyokong penuh kesemua ujian peringkat sekolah termasuk ujian percubaan sekolah rendah dan menengah.
Namun untuk peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 & SPM pula, ibu bapa haruslah membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau melalui SMS seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Cara Login SAPS : Klik Bawah
1. Untuk membuat semakan kedudukan dalam kelas atau semakan keputusan belajar, layari laman web portal rasmi SAPS di :
-> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
2. Kemudian login masuk seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan tekan “Cari”.
3. Selepas itu, pilih negeri dan nama sekolah.
4. Tekan “Semak”
Portal rasmi SAPS kemudiannya akan memaparkan rekod keputusan pelajar yang terkini termasuk peratusan markah, rekod kedudukan dalam kelas dan pencapaian gred.
* Perisian yang boleh diakses oleh sistem online ini ialah web browser seperti Mozilla FireFox / Google Chrome / Internet Explorer (version 9 dan ke bawah).
Berikut adalah sistem peratusan gred pemarkahan untuk rujukan ibu bapa:
Gred Sekolah Rendah
- 80-100 Gred A Cemerlang
- 65-79 Gred B Baik
- 50-64 Gred C Memuaskan
- 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
- 85-100 Gred A Cemerlang
- 70-84 Gred B Kepujian
- 60-69 Gred C Baik
- 50-59 Gred D Memuaskan
- 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
- 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
- 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
- 70-79 Gred A- Cemerlang
- 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
- 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
- 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
- 50-54 Gred C Kepujian
- 45-49 Gred D Lulus Atas
- 40-44 Gred E Lulus
- 0-39 Gred G Gagal
- TH Tidak Hadir
Masalah Login Saps:
Jika anda login pada SAPS, pastinya ada beberapa aduan dan masalah login Saps Ibu Bapa. Antara punca utama masalah tersebut terjadi adalah disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar.
Untuk maklumat ibu bapa, pengguna tidak boleh mengubah ID atau password yang telah ditetapkan
Hanya Guru Kelas atau Guru Matapelajaran sahaja yang boleh menukar ID/ password pengguna. Ikuti langkah-langkah berikut:
1) Klik Masuk mengikut jenis peperiksaan.
2) Klik Menu Guru MP.
3) Sub Menu berikut akan keluar, kemudian klik Tukar Katalaluan.
4) Sila isi bahagian ID Pengguna, Kata Laluan Lama, Kata Laluan Baru & Sahkan Kata Laluan Baru tersebut.
5) Klik Hantar.
Masalah IC Pelajar Tidak Dapat Akses SAPS
Jika ibu bapa menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan murid tidak dapat akses SAPS, Ibu bapa perlu memberitahu guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah & aduan tersebut.
Guru Kelas pula hendaklah menyemak nombor Kad Pengenalan murid dengan dokumen sokongan (Kad Pengenalan atau sijil lahir).
Guru Kelas perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah jika disahkan Kad Pengenalan murid tersebut salah.
SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS dengan langkah-langkah mudah seperti berikut:
1) Klik Semak mengikut jenis peperiksaan.
2) Klik Import Data APDM, kemudian tekan Senarai Murid SAPS & APDM.
3) Klik butang yang ditunjukkan untuk membuang kad pengenalan pelajar yang salah.
4) Klik butang Import untuk kemaskini nombor Kad Pengenalan pelajar yang terbaru.
Sekiranya anda mempunyai masalah atau aduan yang lain, sila maklumkan perkara tersebut kepada Guru Kelas. Semoga tutorial & langkah-langkah yang diberikan ini memberi manfaat kepada anda. Mohon share dan kongsikan tutorial mudah ini kepada mereka yang lain. Terima kasih.
Info Tambahan :
Jika anda mempunyai masalah atau kesulitan ketika log masuk ke sistem SAPS Ibu Bapa, sila rujuk panduan FAQ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2019. Semoga artikel ini dapat membantu ibu bapa supaya lebih mengetahui mengenai proses semakan keputusan pelajar melalui SAPS secara atas talian.
KerjaKosong.Co mengucapkan semoga berjaya dalam mendidik anak-anak anda menjadi seorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan keluarga.