Rebat Elektrik | Sejak Januari 2019, sebanyak RM80 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan bantuan ini dan telah memberi manfaat kepada 185000 rakyat Malaysia untuk menikmati rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan. Namun, bantuan ini hanya layak bagi mereka yang berdaftar dibawah sistem eKasih.
Jawatan Kosong akan kongsikan panduan lengkap mengenai langkah – langkah untuk membuat semakan rebat elektrik ini.
SEMAKAN REBAT ELEKTRIK 2020
Dengan kewujudan program ini, anda boleh mendapatkan rebat bagi pembayaran bil elektrik sehingga RM40 bagi setiap bulan. Namun begitu, bukanlah semua orang layak untuk memohon, hanya golongan dibawah yang layak bagi menerima rebat elektrik :
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Ketua Isi Rumah di bawah kategori miskin serta miskin tegar yang disenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
- Pendapatan isi rumah miskin tegar ialah kurang RM600 sebulan dan miskin kurang RM950 sebulan.
- Pendapatan Isi Rumah adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
[/su_list]
Setiap penerima yang layak akan menerima pemberian rebat ini sepanjang tahun 2020.
CARA MEMOHON REBAT ELEKTRIK RM40 SEBULAN
Sebelum memohon dan daftar rebat bil elektrik, anda WAJIB untuk mendaftar dengan sistem eKasih terlebih dahulu. Anda boleh mendaftar eKasih di Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah anda.
Setelah selesai membuat pendaftaran, anda boleh menyemak sama ada anda layak atau tidak bagi menerima rebat ini.
Semak di pautan bawah:
[su_button url=”https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/” target=”blank” style=”flat” background=”#0956ac” size=”5″ radius=”0″]Semak Di Sini[/su_button]
Bantuan untuk semakan juga boleh dibuat melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Pejabat Ahli Parlimen / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]
- Pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah miskin serta miskin tegar yang telah disenaraikan dalam Sistem eKasih;
- Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah dalam kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;
- Hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
- Rebat RM40 termasuk segala jenis caj (sebagai contohnya penalti lewat bayar);
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil;
- Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun 2020;
- Rebat bil elektrik ini diberi sebanyak RM40 sahaja bagi setiap bulan, jika bil kurang dari RM40 tiada baki yang akan dibawa ke bulan hadapan dan jika terlebih RM40, anda perlu membayar baki tersebut;
- Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa; dan
- Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
[/su_list]
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan rebat eletrik 2020 ini, anda boleh menghubungi talian dibawah, atau boleh layari FAQ MESTECC di sini :
Semoga artikel cara permohonan ini bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Mohon kongsi panduan ini kepada golongan yang layak. Bagi mereka yang ingin mencari jawatan kosong TNB boleh layari di laman web ini.
Slm..sy berdaftar dgn ekasih..tapi bil elektrik rumh sy masih lg nama arwah datuk sy…macam mana untuk sy dapat rebat 40 tu ya…
Saya dah ada dalam senarai e-kasih tapi tahun ini tak dapat pun rebat bil
Sy penerima rebat bil letrik spjg 2019..Kenapa utk thun 2020 dlm bil dh xde rebat.. adakah sy perlu isi semula dan kemaskini borang permohonan rebat letrik 2020