Permohonan Guru SK SJKC

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Permohonan guru sk sjkc | Kepada calon yang layak serta berminat untuk memohon sebagai Guru Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon bagi pengambilan khas guru seperti dibawah.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai cara permohonan guru SK dan SJKC.

 

Permohonan Guru SK dan SJKC

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN

a) Penempatan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak sahaja

b) Opsyen – opsyen yang diperlukan adalah seperti berikut:

permohonan guru sj sjkc senarai opsyen

Syarat – Syarat Kelayakan Asas:c) Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Contract of Service).

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Sihat Tubuh Badan;

(iii) Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(iv) Bagi opsyen Bahasa Inggeris, calon perlu mencapai sekurang kurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).

(v) Memiliki kelulusan akademik sekurang – kurangnya seperti berikut:

(1) Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0 bagi calon – calon Semenanjung Malaysia; atau

(2) Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan minimum 3.0 bagi calon – calon anak negeri Sarawak bagi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0 bagi calon – calon anak negeri Sarawak.

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)

a) Penempatan di SJKC Semenanjung Malaysia sahaja

b) Pengambilan Khas Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terbuka kepada calon – calon yang memiliki kelayakan seperti berikut:

c) Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan Tetap).

Opsyen – opsyen yang diperlukan adalah seperti berikut:

permohonan guru sj sjkc senarai opsyen cina

Syarat – Syarat Kelayakan Asas:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Sihat Tubuh Badan;

(iii) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari UA dalam bidang berkaitan serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0;

(iv) Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan

(v) Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.

LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

a)  Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Contract of Service).
b) Tidak mempunyai ikhtisas pendidikan;

c) Opsyen – opsyen yang diperlukan adalah seperti berikut:

permohonan guru sj sjkc senarai opsyen kontrak 1

permohonan guru sj sjkc senarai opsyen kontrak 2

permohonan guru sj sjkc senarai opsyen kontrak 3


Syarat – Syarat Kelayakan Asas:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Sihat Tubuh Badan;

(iii) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari UA dalam bidang berkaitan sahaja dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) / (Cumulative Grade Point Average (CGPA)) minimum 3.0;

(iv) Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;

(v) Untuk opsyen Bahasa Inggeris, calon perlu mencapai sekurang kurangnya Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) atau Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) ; dan

(vi) Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM.

MAKLUMAT MENGENAI JAWATAN

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Lantikan Tetap)

(a) Jawatan / Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 (Lantikan Tetap);

(b) Gaji RM 2,188.00; dan

(c) Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service)

(a) Jawatan / Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service);

(b) Gaji RM 2,188.00;

(c) Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kontrak Gred DG41 (COS) adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016; dan

(d) Caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.

CARA MEMBUAT  PERMOHONAN





(a) Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal JobsMalaysia di alamat: https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home mulai 6 Mac 2020; dan
(b) Calon yang didapati memberi maklumat tidak benar dan salah / manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan.

c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mac 2020 sebelum pukul 11.59 malam.

 

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!