Bantuan Sara Hidup BSH 2019

Bantuan Sara Hidup BSH 2019: Mohon Online Dan Kemaskini



Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup (BSH) Dan Kemaskini Maklumat BSH Rakyat Tahun 2019.

Umum sedia maklum yang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) akan diteruskan untuk pemberian bantuan tahun 2019. Walau bagaimanapun, beberapa perkara dalam pemberian BSH akan dikaji semula seperti syarat kelayakan memohon bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja  bakal menerima bantuan. Jadi bagaimanakah cara membuat permohonan BSH 2019 dan cara kemaskini maklumat penerima secara online?

Panduan dan maklumat cara proses permohonan BSH serta kemaskini maklumat pemohon BSH untuk tahun 2019 akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman dari Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Menurut Portal Rasmi BSH, pendaftaran permohonan serta kemaskini BSH 2019 akan dibuka mulai 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019. Pembentangan Bajet 2019 pada 2 November 2018 telah menyentuh serba sedikit berkaitan BSH meliputi jumlah bantuan, kategori serta syarat kelayakan dan proses permohonan.

TERKINI : SIARAN MEDIA BSH KATEGORI BUJANG 2019 
Berikut adalah ringkasan Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan BSH Kategori Bujang 2019 pada 19 Februari 2019
1. YAB Perdana Menteri menegaskan isu tekanan kos sara hidup wajar diambil perhatian untuk semua yang memerlukan dalam masa terdekat begitu juga saranan oleh Timbalan Presiden PH agar golongan muda yang belum berkahwin dan bekerja dengan pendapatan rendah turut dibantu.
2. Atas saranan itu, sebagai permulaan, Kementerian Kewangan akan memberikan bayaran RM100 kepada individu yang telah berdaftar di bawah kategori bujang mengikut pengkalan data BSH 2018.

3. Bayaran RM100 akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima pada akhir bulan Mac 2019.

4. Lebih 3 juta individu akan mendapat manfaat daripada bayaran ini yang melibatkan sebanyak RM300 juta dana peruntukan.
5. Kadar bayaran selanjutnya untuk bantuan BSH kategori bujang 2019 akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum dibuat keputusan muktamad.

Untuk siaran media yang lengkap, sila layari Twitter Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

Permohonan BSH Dan Cara kemaskini Bantuan Sara Hidup rakyat 2019

Pengumuman Bantuan Sara Hidup Pada Pembentangan Bajet 2019



Melalui Pembentangan Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng memaklumkan yang Kerajaan PH akan terus memberikan bantuan dan menambahbaik BSH kepada golongan berpendapatan rendah B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar serta bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.

Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan B40 akan memanfaatkan seramai 4.1 juta isi rumah dengan bantuan kewangan dengan peruntukkan sebanyak RM5 bilion

Mereka yang layak menerima BSH tahun 2019 adalah seperti kategori berikut :-

  1. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah : Jumlah BSH RM1,000 + RM120/ anak
  2. IsiRumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 : Jumlah BSH RM750 + RM120/ anak
  3. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 : Jumlah BSH RM500 + RM120/ anak

NOTA : Jumlah kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, namun terhad kepada empat orang kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Permohonan BSH Tahun 2019 Dan Kemaskini Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH) untuk pemohon baru dan juga cara kemaskini BSH Online buat panduan semua. Anda dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat – LHDN dalam mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini dan tepat.

TEMPOH PENDAFTARAN BANTUAN SARA HIDUP 2019

TARIKH BUKA
TARIKH TUTUP
1 FEBRUARI 2019
 15 MAC 2019
*Nota : Tarikh RASMI Permohonan BSH dan Kemaskini seperti dimaklumkan di Portal Rasmi BSH

 

Untuk makluman, Permohonan BR1M serta kemaskini pada tahun lepas telah dibuka dari 27 November sehingga tarikh lanjutan pada 25 Januari 2018.

Maklumat Terkini BSH

1. Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BSH
2. Tarikh Pembayaran BSH
3. Tarikh akhir penunaian BSH 2018 kini dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian BSH boleh dibuat di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
4. Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga tarikh 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019
5. Pendaftaran permohonan BSH 2019 akan dibuka bermula 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019. Pemakluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam tempoh terdekat
NOTA PENTING BAYARAN BSH FASA 1 (PERTAMA) TAHUN 2019
1. Merujuk kepada makluman Portal Rasmi BSH, kategori pemohon lulus BSH 2018 yang LAYAK untuk menerima pembayaran  BSH 2019 Fasa 1 adalah seperti berikut:-
i)  Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
ii) Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
iii) Warga emas sebatang kara
2. Pemohon lulus BSH 2018 yang TIDAK LAYAK untuk menerima bayaran Fasa 1 BSH 2019 adalah seperti berikut:
i) Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
ii) Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
iii) Bujang yang mempunyai tanggungan

Pemberian Bantuan BR1M Akan Diteruskan Dan Digantikan Dengan Nama Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

manifesto ph brim

1. Pakatan Harapan berpegang dengan pandangan bahawa pemberian bantuan kerajaan perlu dilakukan agar tidak ada rakyat yang ketinggalan. Ini menuntut kepada satu mekanisme yang lebih tersusun yang boleh diwujudkan setelah kita meneliti sistem jaminan sosial yang wujud di negara-negara lebih maju
2. Mereka yang layak menerima BR1M akan terus menerima bantuan dan proses pembayaran akan dipastikan bebas daripada diskriminasi atau pengaruh politik kepartian
3. Kerajaan Pakatan Harapan akan memperbaiki sistem ini agar pengurusan dan pemberiannya lebih setara. Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pengaruh politik dihapuskan daripada proses pemberian bantuan agar semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik akan terus mendapat bantuan dan ia ini tidak disalah guna.
4. Penyaluran bantuan kerajaan melalui parti-parti politik atau mereka yang berkepentingan politik akan dihentikan kerana ini adalah amalan yang tidak beretika. Sebaliknya, pengagihan akan dibuat melalui jentera kerajaan dan badan-badan kebajikan yang tulin
5. Sistem bantuan kewangan bersasar tersebut akan berfungsi sebagai jaringan keselamatan sosial yang universal (universal social safety net) bagi semua rakyat yang layak, sepertimana yang kini wujud di negara-negara maju

Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (Baru) Dan Cara Kemaskini BSH Online/ Manual Di Cawangan LHDN

Berdasarkan kepada proses permohonan/ kemaskini tahun 2018, terdapat 2 kaedah dalam membuat Permohonan BSH (baru) yang juga terpakai untuk Kemaskini BSH iaitu secara online dan manual.

1. Manual

Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN. Pemohon juga boleh mendapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan di Portal Rasmi BSH serta borang berkaitan di

Nota: Borang permohonan BSH 2019 masih boleh diterima sekalipun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa menghantar borang. Ini disebabkan borang akan diproses mengikut maklumat yang dikemukakan pemohon dalam borang BSH serta diselaraskan dengan data agensi lain seperti JPN untuk menentukan kelayakan setiap permohonan.

2. Secara Online

Untuk permohonan BSH 2019 dan cara kemaskini BSH secara atas talian, pemohon perlu melayari Portal Rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my/. Juga melalui Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.

Kategori yang layak bagi permohonan BSH 2019 adalah seperti berikut:-

  • i. Kahwin; atau
  • ii. Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  • iii. Warga emas sebatang kara

A. PROSEDUR PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP ONLINE

 

  1. Pilih BUTANG PERMOHONAN BARU BSH
  2. Maklumat Pemohon :Lengkapkan Maklumat Pemohon:-
    • (a) Isikan Nombor MyKad Pemohon Dan Tekan Butang “SEMAK”
    • (b) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon
    • (c) Isikan Nombor Poskod Pemohon
    • (d) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon
    • (e) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
    • (f) Pilih Status Perkahwinan Pemohon:-
      • Kahwin
      • Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan Mempunyai Anak
      • Warga Emas (Sebatang Kara) – 60 Tahun Ke atas
    • (g) Pilih Anggaran Pendapatan Kasar Bulanan (RM):-
      • 0 – 1,000
      • 1,001 – 2,000
      • 2,001 – 3,000
      • 3,001 – 4,000
  1. Status Kahwin
    • Untuk status pemohon yang ‘Berkahwin’, isikan Maklumat Pasangan seperti :-
    • (a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan:-
      • No.MyKad / MyPR / MyKAS.
      • No. KP Lama / Sijil Lahir.
      • No. Pasport.
    • (b) Masukkan Nombor Mykad / MyPR MyKAS / Nombor Kad Pengenalan Lama / Sijil Lahir / Nombor Pasport
    • (c) Pilih Jantina Pasangan.
    • (d) Pilih Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan (RM):-
      • 0 – 1,000
      • 1,001 – 2,000
      • 2,001 – 3,000
      • 3,001 – 4,000
    • (e) Masukkan Tarikh Perkahwinan Pemohon Dan Pasangan

    4. Status Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan Mempunyai Anak

    • Untuk status ‘Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak’, pemohon perlu memilih jenis status pasangan samada ( Penceraian atau Kematian Pasangan) dan mengisi tarikh kematian atau penceraian pasangan

  5. Maklumat Anak

  • Lengkapkan ‘Maklumat Anak’ seperti:-
    • Isikan nombor MyKad/ MyKid anak,
    • Isikan nama anak & umur anak
    • Status anak samada ‘Anak Kandung’ / ‘Anak Angkat’
    • * Anak terhad hanya 4 orang sahaja untuk diisi
  • 6. Maklumat Bank

    • Lengkapkan ‘Maklumat Bank’ seperti:-
    • Pilih jenis akaun bank yang masih aktif
    • Masukkan nombor akaun bank
    • *Jika tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dilaksanakan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun kepada yang terlibat tertakluk kepada terma dan syarat
  • 7. Dokumen Sokongan

    • Pemohon perlu memilih jenis ‘Dokumen Sokongan’ yang ingin dimuat naik samada sijil kahwin / sijil cerai / sijil lahir anak dan klik butang ‘MUAT NAIK’.
    • Nota: Muat naik dokumen kini bukan lagi syarat wajib permohonan seperti salinan pengenalan diri berikutan permohonan akan diproses menggunakan maklumat yang dikemukakan pemohon di dalam borang dan akan diverifikasi dengan data agensi seperti JPN
  • 8. Maklumat Waris
  • Lengkapkan ‘Maklumat Waris’ seperti:-
    • (a) Pilih Jenis Pengenalan Waris:-
      • No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
      • No. Kad Pengenalan Lama
      • Sijil Lahir
      • No. Pasport
    • (b) Isikan Nombor MyKad / MyKid / Sijil Beranak / Pasport.
    • (c) Isikan Nama Penuh Waris.
    • (d) Pilih Hubungan Pemohon Dengan Waris:-
      • Pasangan
      • Ibu / Bapa
      • Anak
      • Adik-Beradik
      • Cucu
    • (e) Isikan Nombor Telefon Waris
  • 9. Pengesahan

    • Isi ‘Kod Captha’ seperti paparan yang diberi dan klik pada butang ‘SAHKAN CAPTCHA’
  • 10. Pengesahan Pengenalan
    • Paparan memaparkan Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan pemohon serta Pengakuan untuk di ’Tick’ oleh pemohon sebelum proses penghantaran dibuat. ‘Tick’ pada kotak yang disediakan untuk paparan seterusnya
  • 11. Simpan Dan Hantar
    • Pada Paparan Simpan / Hantar, pemohon boleh memilih untuk menyimpan atau hantar maklumat pemohon
      • SIMPAN : Sekiranya pemohon klik pada butang’ ‘SIMPAN’, data pemohon akan disimpan di dalam MyBSH untuk pemohon membuat sebarang kemaskini sebelum menghantar
      • HANTAR : Sekiranya pemohon klik pada butang ‘HANTAR’, pemohon telah selesai melengkapkan segala butiran yang diperlukan

B. KEMASKINI BSH SECARA ONLINE

 

Pengemaskinian maklumat adalah penting bagi mengelakan permohonan ditolak

  1. Pilih menu MyBSH
  2. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
  3. Klik butang Semak
  4. Mohon No. TAC
    • (No. TAC boleh digunakan selama 6 Jam sahaja, sekiranya melebihi tempoh tersebut, sila mohon semula No. TAC baru)
  5. Masukkan No. Tac dan tekan butang Hantar

Panduan kemaskini boleh dirujuk di Kemaskini BSH Online

Maklumat penting yang perlu dikemaskini

  1. Status perkahwinan : status cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh penceraian/ kematian pasangan)
  2. Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah
  4. Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan : Pastikan maklumat nombor pengenalan seperti myKad, myPR, myKAS, myKID, Passport dan Visa serta Sijil Lahir diisi dengan tepat dan jelas
  6. Waris : Waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia. Bagi memblehkan waris membuat tuntutan SKK dan baki BSH

Nota: Pemohon BSH warga emas yang berumur 60 tahun ke atas tidak perlu lagi mengemaskini maklumat kecuali jika terdapat sebarang perubahan maklumat kerana LHDNM akan menyelaraskan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.

Nota Permohonan BSH

Pemohon boleh menghantar Borang BSH 2019 yang telah lengkap diisi melalui kaedah di kaunter berikut :-

  • i. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen

Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:-

  • Peti Surat BSH
    GPO Shah Alam
    40800 Selangor

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima

Proses Verifikasi Permohonan Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

Hanya pemohon yang melepasi tapisan sahaja yang layak menerima BSH. Senarai nama agensi yang terlibat mengikut aspek dalam proses semakan dan verifikasi adalah seperti berikut :-

Pengenalan Diri:

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Pendapatan

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
  3. Bendahari Negeri–negeri di Malaysia
  4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
  7. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Status Perkahwinan

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Orang Kurang Upaya (OKU)

  1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat dan Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad

  1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pemilikan Kenderaan

  1. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Bekerja / Tinggal di luar negara

  1. Kementerian Luar Negeri (KLN)
  2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  3. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Anak Yang Masih Belajar

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

*NOTA: Sekiranya pemohon mengemukakan MAKLUMAT PALSU, anda boleh disabit atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda serta disenarai hitam daripada menerima BSH

Maklumat lanjut dan panduan sila klik

    1. Panduan Pengguna Permohonan BARU
    2. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balasdi Laman MyBSH
    3. Panduan Permohonan No. TAC bagi Login MyBSH
    4. Nota Penjelasan Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019

  • Syarat permohonan BSH tahun 2019 akan dikemaskini dari masa kesemasa dan boleh dirujuk di SYARAT MOHON BSH

Kemukakan Salinan Permohonan Bantuan Sara Hidup

Pemohon perlu mengemukakan senarai dokumen seperti berikut semasa memohon :-

Pemohon

  1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / Jabatan Pendaftaran Negara.
  2. Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / Jabatan Pendaftaran Negara
  3. Copy Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah
  4. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara

Pasangan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pasangan samaada MyKad / MyPR / MyKAS
  2. Salinan Passport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Lahir / Kad Pengenalan Lama

Anak

Anak Kandung

  1. Salinan Kad Pengenalan MyKad / MyKid
  2. Salinan Sijil Kelahiran

Anak Angkat 

  1. Salinan MyKad / MyKid
  2. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Senarai Kategori BSH (Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019)

Melalui Bajet 2019, terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BSH tahun 2019 beserta jumlah bantuan adalah seperti berikut :-

  1. Jumlah BSH RM1,000 tambah RM120/ anak : Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
  2. RM750 tambah RM120/ anak : Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000
  3. RM500 tambah RM120/ anak : Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000

Untuk makluman, jumlah BSH tambahan RM120 untuk setiap anak adalah maksimum untuk 4 orang anak berumur 18 tahun ke bawah, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka

Untuk pemberian tahun lepas, terdapat 3 kategori penerima BR1M 2018 beserta jumlah pembayaran bantuan seperti berikut :-

Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Online

Waktu operasi bermula adalah seperti berikut :-

A. Hari Bekerja

  • Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
  • Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

B. Cuti Hujung Minggu

  • Kaunter BSH tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual yang dikongsikan di bawah ini

Nota Permohonan BSH Dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat

  • Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan
  • Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
  • Masa pembukaan kaunter BSH di UTC adalah bergantung kepada waktu operasi UTC di sesuatu tempat. Rujuk (UTC), LHDNM

Maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Pembukaan Kaunter BSH

Cara Hubungi BSH : Permohonan Bantuan Sara Hidup

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan BSH termasuk masalah berkaitan rayuan, sila hubungi

1. Sekretariat MOF

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM

  • 1-800-88-2747 (BSHR)
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. Faksmili MOF

  • 03-8882 3933

5. Portal Rasmi BSH

Selamat membuat Permohonan BSH 2019 (baru) serta kemaskini Bantuan Sara Hidup secara online dan manual. Adalah diingatkan sekali lagi yang pemohon adalah disarankan untuk merujuk kepada Portal Rasmi BSH dalam mendapatkan maklumat yang terkini berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Info Lain

  1. Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor 2019 Masih Diteruskan
  2. Permohonan Online Bantuan Sihat Selangor
  3. KKM: Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini (Suntikan Vaksin)


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.