KKM: Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini (Suntikan Vaksin)

KKM: Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini (Suntikan Vaksin)

Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih belum menerima suntikan vaksin atau bakal mengambil suntikan vaksin buat keluarga khususnya anak-anak atau bayi yang baru dilahirkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan Jadual Imunisasi Kebangsaan bagi memudahkan setiap rakyat membuat perancangan dan sebagai panduan. Berikut adalah Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini KKM (Suntikan Vaksin Bayi/ Kanak-Kanak) bagi tahun 2019.

Program Imunisasi Kebangsaan telah diperkenalkan di Malaysia seawal tahun 1950an lagi. Terdapat beberapa aktiviti dijalankan di bawah program ini termasuklah perkhidmatan percuma bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan pelbagai penyakit merbahaya daripada berleluasa. Suntikan vaksin diwajibkan di Malaysia bagi bayi atau kanak-kanak dan diberikan secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.

Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini KKM (Suntikan Vaksin Bayi)

Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini KKM (Suntikan Vaksin)

Berikut adalah maklumat rasmi mengenai Jadual Imunisasi Kebangsaan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tahun 2019.

Jadual suntikan bayi ini memaparkan jenis vaksin serta umur suntikan ianya perlu diambil.

Jadual Imunisasi Kebangsaan min

Sebagai penerangan lebih lanjut daripada jadual di atas, berikut adalah makna bagi setiap singkatan jenis vaksin yang dinyatakan.

MAKNA JENIS VAKSIN

VAKSIN PENERANGAN
1) BCG (Basile Calmette-Guerin) Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis)
2) DTap Kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis
3) DT Dos Booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus
4) Hib Haemophilus Influenzae type B
5) MR Measles (campak), Mumps (beguk) dan Rubella
6) JE (Japanese Encephalitis) Vaksin hanya diberikan di Sarawak sahaja
7) HPV (Human Papillomavirus) Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.
Nota : Maklumat Lanjut, sila rujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Sebagai tambahan, berikut dikongsikan juga jadual vaksin tambahan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak atau bayi. Menurut sebuah sumber, vaksin tambahan ini mampu memberikan perlindungan penuh kepada anak masing-masing sekiranya disertai juga dengan vaksin yang telah disarankan oleh KKM

jadual imunisasi tambahan min

PENERANGAN VAKSIN TAMBAHAN

VAKSIN UMUR / TEMPOH VAKSIN

Pneumokola (conjugated vaccine)

Adalah disyorkan untuk melengkapkan 3 dos pada umur 1 tahun, di mana dos pertama diberi selepas umur 6 minggu. Sila berjumpa dengan doktor bagi cadangan jadual imunisasi pnumokokal mengikut umur anak masing-masing

Meningokokal

Adalah disyorkan kepada kanak-kanak yang melawati kawasan berisiko tinggi. Satu Dos Vaksin boleh memberi daya imuniti selama 3 tahun.

Rotavirus

Adalah disyorkan bagi mengambil dos pertama selepas usia 6 minggu. Sila berjumpa dengan doktor bagi cadangan dos seterusnya mengikut usia anak masing-masing

Varicella / Cacar Air

Bagi kanak-kanak berumur 12 bulan – 12 tahun; 1 dos diperlukan bagi kanak-kanak 12 tahun ke atas; 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin sekurang-kurangnya 4 bulan

Hepatitis A

Bagi kanak-kanak usia 1 tahun ke atas; 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin diantara 6 hingga 12 bulan

Senarai Jenis Penyakit Berkaitan Pengimunisasian (Suntikan Vaksin)

Bagi para ibu bapa yang masih tertanya-tanya penyakit apa yang boleh dielakkan sekiranya memberikan anak-anak suntikan vaksin atau imunisasi, berikut disediakan senarai penyakit berkaitan pengambilan imunisasi atau suntikan vaksin.

SENARAI JENIS PENYAKIT BERKAITAN IMUNISASI / SUNTIKAN VAKSIN

PENYAKIT KETERANGAN

Tibi (batuk kering)

Boleh menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak ke organ lain

Difteria

Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran penafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru)

Pertusis (batuk kokol)

Ia boleh menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak

Tetanus

Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi)

Haemophilus influenzae jenis (Hib)

Bakteria yang menyebvabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran penafasan dan radang saraf otak (meningitis

Hepatitis B

Virus yang boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan

Polio

Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki

Campak

Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan paru-paru (pneumonia) 

Beguk

Virus ini menyebabkan jangitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan

Rubella

Virus ini merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutama sekali kehamilan bagi tiga bulan pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (khususnya PDA;Patent Ductus Arteriosus)

Pnemokokus

Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis serta darah yang teruk

Rotavirus

Boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi serta encephalitis

Virus Human Papilloma

Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital

Mitos Dan Fakta Vaksin

Berikut adalah mitos vs fakta vakisn buat rujukan semua :-

mitos vs fakta vaksin min

 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak penjelasan buat para ibu bapa atau penjaga dalam memahami lebih lanjut mengenai kepentingan mengambil imunisasi (suntikan vaksin). Diucapkan selamat maju jaya kepada semua yang merancang untuk mengambil suntikan vaksin mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Info Lain

  1. Cara Tukar Alamat Dalam MyKad 2019
  2. Kalendar Cuti Umum 2019 Malaysia Public Holidays
  3. Senarai Bantuan Kerajaan 2019 Oleh Pakatan Harapan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini

Share Di Salah Satu Medium Di Bawah