Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau MAIK ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan. Pentadbiran Majlis pada awalnya terletak di Bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu di hadapan Istana Balai Besar.
Kelantan RM650.00 - RM1,700.00Tutup permohonan: 30 September 2019

Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Portal jawatan kosong terkini membawakan anda peluang pekerjaan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang kini dibuka di beberapa daerah di Kelantan. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan bagi memohon jawatan seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. IMAM MUDA
2. IMAM TUA
3. BILAL

Tarikh Tutup : 30 September 2019
Minima Kelayakan : TERBUKA (BILAL) / SPM / STAM
Gaji : RM650.00 – RM1,700.00

Kelayakan & Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil SPM / STAM untuk layak memohon atau terbuka untuk jawatan bilal.
4. Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
5. Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
6. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)



1) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn. 1/93 dengan cara memuat turun dari laman sesawang MAIK DISINI, atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

2) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2018 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.

3) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

4) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Dr Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

5) Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2019.

6) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam (6) bulan dianggap tidak berjaya.

7) Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Berminat kerja di Kelantan? Teruskan pencarian anda dengan melayari laman Jawatan Kosong Kelantan kerana kerjakosong.co akan memberikan anda maklumat yang terkini tentang peluang-peluang pekerjaan di Kelantan. Selain itu, anda juga boleh melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan untuk pencarian kerja kosong di sektor kerajaan atau jika anda berminat juga untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Swasta untuk sektor swasta.

SEMUANYA ADA DI KERJAKOSONG.CO DAN PASTIKAN ANDA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA HADAPAN !

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.