Jadual Gaji 2019 Kakitangan Awam Kerajaan

Jadual Gaji 2019 Kakitangan Awam Kerajaan

Bilakah tarikh pembayaran gaji 2019 atau Jadual gaji 2019 bulanan penjawat awam/ kerajaan? Pembayaran gaji dikira berdasarkan kepada jawatan, kelayakan dan skill masing-masing dan dibayar dalam bentuk bayaran harian, jam dan paling sinonim dalam bulanan. Tidak terkecuali kakitangan awam kerajaan (Penjawat Awam).

Pembayaran gaji kakitangan awam pada kebiasaannya dibayar pada hujung bulan. Pada waktu inilah, mesin ATM atau bank sesak dengan pekerja membuat urusan kewangan hasil pengajian mereka. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, Jadual Pembayaran Gaji 2019 Bulanan Kakitangan Awam/ Kerajaan dikongsikan di bawah ini untuk rujukan semua.

Jadual Gaji 2019 Kakitangan Awam Kerajaan

Jadual Pembayaran Gaji 2019 Kakitangan Awam

Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2019. Waktu kritikal adalah pada waktu menjelang Hari Raya Aidilifitri.

  • Semakan dan cetakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di e-penyata gaji

Tarikh Jadual Gaji 2019

Berikut dikongsikan tarikh pembayaran gaji pada tahun 2019 dari makluman Surat Pekeliling Akauntan Malaysia yang tertakluk kepada perubahan.

Maklumat bayaran gaji yang dikongsikan memaparkan maklumat bulan/ tarikh/ jenis perayaan – jika ada dan hari.

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN KAKITANGAN AWAM 2019

TARIKH HARI NOTA
1. JANUARI
24.01.2019 KHAMIS
2. FEBRUARI
25.02.2019 ISNIN TAHUN BARU CINA – 5 & 6 FEBRUARI (SELASA & RABU)
3. MAC
25.03.2019 ISNIN
4. APRIL
25.04.2019 KHAMIS
5. MEI
23.05.2019 KHAMIS HARI PESTA KAAMATAN : 30 & 31 MEI (KHAMIS & JUMAAT)
6. JUN
25.06.2019 SELASA HARI GAWAI : 1 & 2 JUN (SABTU & AHAD) DAN HARI RAYA AIDILFITRI : 5 & 6 JUN (RABU & KHAMIS)
7. JULAI
25.07.2019 KHAMIS
8. OGOS
22.08.2019 KHAMIS HARI RAYA AIDILADHA : 11 OGOS (AHAD)
9. SEPTEMBER
25.09.2019 RABU
10 OKTOBER
17.10.2019 KHAMIS HARI DEEPAVALI : 27 OCT (AHAD)
11. NOVEMBER
25.11.2019 ISNIN
12. DISEMBER
18.12.2019 RABU HARI KRISMAS – 25 DEC (RABU)

 

Untuk tahun 2018, adalah seperti berikut:

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN KAKITANGAN AWAM 2018

TARIKH HARI NOTA
1. JANUARI
08.01.2018 ISNIN TARIKH PEMBAYARAN KHAS 2017 BERJUMLAH RM1,000
25.01.2018 KHAMIS
2. FEBRUARI
08.02.2018 KHAMIS TAHUN BARU CINA – 16 & 17 FEBRUARI (JUMAAT & SABTU)
3. MAC
22.03.2018 KHAMIS
4. APRIL
25.04.2018 RABU
5. MEI
24.05.2018 KHAMIS
6. JUN
05.06.2018 SELASA TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2018
07.06.2018 KHAMIS HARI GAWAI : 1-2/6 DAN HARI RAYA AIDILFITRI : 15-16/6
7. JULAI
18.07.2018 RABU DIAWALKAN DARI TARIKH SEBELUMNYA PADA 25/7
8. OGOS
14.08.2018 SELASA HARI RAYA AIDILADHA : 22/08
9. SEPTEMBER
25.09.2018 SELASA
10. OKTOBER
25.10.2018 KHAMIS
11. NOVEMBER
22.11.2018 KHAMIS HARI DEEPAVALI : 6/11
12. DISEMBER
18.12.2018 SELASA

 

Hampir kebanyakkan, hari pembayaran gaji jatuh pada hari Khamis.

Jadual Gaji 2017 Kakitangan Awam Kerajaan (Gaji Bulanan)

Berikut adalah maklumat pembayaran gaji beserta bulan, tarikh, hari dan nota.  Terdapat 3 kali pembayaran gaji diawalkan disebabkan oleh perayaan utama di Malaysia.

Tarikh pembayaran pencen 2018 untuk pesara kerajaan boleh dirujuk di Jadual Pencen 2018.

  • Januari  : 19.01.2017 (Khamis) : Tahun Baru Cina (28 dan 29 Januari 2017)
  • Februari : 23.02.2017 (Khamis)
  • Mac : 23.03.2017 (Khamis)
  • April : 25.04.2017 (Selasa)
  • Mei : 25.05.2017 (Khamis)
  • Jun : 15.06.2017 (Khamis) : Hari Raya Aidilfitri (25 dan 26 Jun 2017)
  • Julai : 25.07.2017 (Selasa)
  • Ogos : 24.08.2017 (Khamis)
  • September : 25.09.2017 (Isnin)
  • Oktober : 11.10.2017 (Rabu) : Hari Deepavali (18 Oktober 2017)
  • November : 23.11.2017 (Khamis)
  • Disember : 21.12.2017 (Khamis)

Nota

  • Untuk tahun 2017, gaji untuk bulan Januari, Jun, Oktober dan Disember dibayar lebih awal. Pembayaran gaji awal ini hendaklah dianggap sebagai pembayaran gaji untuk bekerja sebulan penuh.
  • Surat pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)mengenai pembayaran gaji tahun 2017 boleh dimuat turun di GAJI 2017
  • Tarikh pembayaran gaji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa

Jadual Gaji 2017 Vs Jadual Pencen 2017

Jika anda seorang pesara, sila rujuk jadual pembayaran pencen 2017 vs gaji penjawat awam 2017 di bawah ini untuk panduan dan perbandingan.

Semoga Jadual bayaran gaji bulanan bagi tahun 2019 ini pastinya akan memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam). Dalam merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan Individu mereka kearah kehidupan yang lebih terjamin untuk masa hadapan.

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Info Lain

  1. Informasi B40 M40 Dan T20 Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan
  2. Bantuan Sara Hidup BSH 2019 Online
  3. Skim Perlindungan B40 RM8,000 – mySalam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini

Share Di Salah Satu Medium Di Bawah