LHDN: Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling 2019

LHDN: Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling 2019

Perhatian buat pembayar cukai. Bila tarikh akhir hantar borang cukai efilling 2019 untuk tahun taksiran 2018? Untuk makluman, pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk tahun taksiran 2018 melalui e-filling bagi borang E, BE, B, BT, P, MT dan TF boleh dilakukan bermula dari 1 Mac 2019. Tarikh akhir penghantaran borang manual adalah pada 30 April 2019 untuk mereka yang tidak menjalankan perniagaan. 30 Jun 2019 pula adalah untuk mereka yang menjalankan perniagaan.

Untuk Borang BE dan sebagai alternatif, pembayar cukai boleh mengemukakan borang cukai dengan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing). e-Filing dan m-Filing adalah merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai dalam melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling min e1555231861821

Tarikh Penghantaran Borang Cukai e-Filling 2019 LHDN

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting berkaitan tarikh akhir hantar Borang cukai efilling untuk tahun taksiran 2018. LHDNM menyeru agar semua pembayar cukai dapat mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dalam mengelakkan dari dikenakan sebarang penalti lewat hantar.

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

  • Sebagai peringatan, pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling Tahun Taksiran 2018

Berikut adalah tarikh akhir pengemukakan BNCP Tahun Taksiran 2018 pada tahun 2019 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut :-

JENIS BORANGPENERANGANTarikh Akhir MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2018
EPenyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat)31 Mac 2019 (Tambahan masa 1 bulan untuk e-Filing)
BEBorang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan)30 April 2019 (manual). Tambahan masa diberikan untuk hantar menggunakan e-filling iaitu sehingga 15 Mei 2019 dan 3 hari bekerja untuk penghantaran melalui pos
BBorang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan)30 Jun 2019.
PBorang Nyata Perkongsian30 Jun 2019.
BTBorang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran)Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2019

30 Jun 2019 (Menjalankan perniagaan)

MBorang Nyata Individu Bukan PemastautinTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2019

30 Jun 2019 (Menjalankan perniagaan)

MTBorang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2019

30 Jun 2019 (Menjalankan perniagaan)

TFBorang Nyata PertubuhanTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2019

30 Jun 2019 (Menjalankan perniagaan)

* Tambahan Tambahan masa selama 15 hari adalah diberikan untuk penghantaran melalui e-Filing dan 3 hari bekerja untuk penghantaran melalui pos untuk kategori yang dinyatakan diatas kecuali borang E iaitu tambahan 3 bulan. Maklumat lanjut, sila rujuk kepada jadual grafik berikut :-

PROGRAM MEMFAIL BORANG NYATA (BN) BAGI TAHUN 2019

A. MAJIKAN

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling BORANG E

B. INDIVIDU, PERKONGSIAN, PERTUBUHAN, HARTA PUSAKA DAN KELUARGA SEKUTU HINDU

 

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling borang be

C. SYARIKAT, KOPERASI, PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD DAN BADAN AMANAH & PETROLEUM

 

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling syarikat

Nota Penting Penghantaran Borang Cukai Pendapatan LHDN

  1. Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDNM
  2. BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang
    • Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2018 adalah 30 April 2019. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2019 bagi e-Filing Borang BE (e-BE) Tahun Taksiran 2018.
    • Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2018 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2019, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2019 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  3. Tambahan masa penghantaran borang cukai juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos

Tambahan Masa Untuk Pengemukaan BNCP

Pembayar cukai boleh merujuk kepada jadual di bawah untuk sebarang maklumat tambahan masa dalam mengemukakan BNCP secara e-Filing, pos atau serahan tangan.

tarikh akhir hantar borang cukai efilling 2019

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh :-

Selamat mengisi borang cukai pendapatan untuk taksiran tahun 2018. Semoga perkongsian Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling 2019 boleh dijadikan panduan berguna buat pembayar cukai.

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Info Lain

  1. Pesara Kerajaan: Jadual Pembayaran Pencen 2019
  2. Waktu Operasi UTC Seluruh Negara 2019
  3. Bantuan Sara Hidup BSH 2019: Mohon Online Dan Kemaskini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.