Founder Kongsi Kisah Awal Bina Tudung Ruffle

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Founder Kongsi Kisah Awal Bina Tudung Ruffle | Jika dilihat kejayaan seorang wanita iaitu pemilik tudung jenama Tudung Ruffle ini siapa sangka bahawa dia mempunyai lulusan dalam bidang kejuruteraan. Mesti anda tertanya – tanya, bagaimana boleh beralih bidang daripada kejuruteraan kepada bisnes tudung?

kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai kisah pemilik bisnes Tudung Ruffle ini serta bagaimana dia berjaya untuk mengembangkan perniagaannya.

MENGENAI FOUNDER TUDUNG RUFFLE

Founder Kongsi Kisah Awal Bina Tudung Ruffle

Nama sebenarnya adalah Hanis Arif atau lebih mesra disapa sebagai Anis. Anis merupakan seorang lulusan bagi pengajian dalam jurusan Power Electrical Engineering di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2013. Setelah tamat belajar, Hanis telah bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan selama 7 bulan sebagai seorang jurutera.

Setelah itu, Anis mengambil keputusan untuk berhenti dan memberikan fokus sepenuhnya kepada perniagaan tudungnya. Pada ketika itu, Anis tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan. Hal ini kerana, emak Anis merupakan seorang pensyarah manakala ibu saudaranya pula kebanyakkannya adalah guru. Anis hanya belajar mengenai ilmu selok belok perniagaan dengan berjumpa dengan orang lain.

Pernah rasa menyesal berhenti kerja sebagai jurutera?

Pada Anis, perniagaan tudung inilah baby Anis. Hal ini demikian kerana, perniagaan inilah yang Anis dapat usahakan dapatkan kosong sehinggalah berkembang seperti sekarang, alhamdulillah. Jika ikutkan pada diri Anis, Anis tidak boleh fokus untuk melakukan dua kerja dalam satu masa.

Dengan hanya bermodalkan RM50, Anis beli kain, potong dan jahit untuk dijadikan tudung. Disebabkan rumah Anis berdekatan dengan kampus UTM, Anis pada mulanya menjual tudung kepada pelajar junior sahaja. Setelah mereka mula berpuas hati serta suka akan rekaan tudung, Anis mula menerima tempahan sedikit demi sedikit.

Semasa awal – awal berniaga dahulu, Anis mulakan dengan melakukan kaedah pre-order supaya dapat rolling duit modal untuk membeli kain serta mula menjual secara atas talian (online).

Berbalik kepada soalan, ketika Anis bekerja sebagai jurutera dahulu, Anis tidak dapat membelek telefon bimbit dengan kerap kerana banyak kerja yang dilakukan di tapak projek (site). Apabila menjual secara online, Anis perlu banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit. Jadi akhirnya Anis mengambil keputusan berhenti kerja dan fokus bisnes tudung sepenuhnya.

Kenapa bisnes tudung menjadi pilihan?

Founder Kongsi Kisah Awal Bina Tudung Ruffle

Semasa masih belajar, Anis sudah mula berjinak – jinak menceburi bidang perniagaan dalam skala kecil sahaja. Anis akan membeli baju kemudian menjualnya. Namun ianya tidak menjadi kerana Anis hanya ikut kawan – kawan sahaja. Bila kawan jual baju, Anis jual baju. Setelah difikirkan semula, mengapa perlu menjual barang yang orang lain juga turut menjualnya?

Dan dari situlah Anis mula menjual Tudung Ruffle (bawal yang mempunyai ropol-ropol), tudung yang tidak pernah orang jual dan tiada dalam pasaran. Bermula dari situlah Anis mula menampilkan stail tudung yang terbaru mengikut apa yang terakam dalam fikiran. Jika dalam pasaran sedia ada hanyalah terdapat tudung bawal biasa, Anis olah bagi mengikut keperluan pelanggan. Hal ini demikian kerana, berdasarkan apa yang Anis lihat, kebanyakkan pelanggan sukakan benda yang baru. Jadi, Anis perlu bijak eksplorasi, cari dan fahami lagi apa yang terkini.

Pesanan untuk orang muda yang ingin menceburkan diri dalam bisnes terutama bisnes tudung

Semasa mula mula Anis dalam bidang perniagaan tudung secara online, Anis berasa bertuah dan mungkin juga rezeki berada dipihak Anis kerana pada waktu itu tidak banyak lagi jenama yang memilih medium online untuk memasarkan produk. Dan boleh dikatakan perjalanan Anis agak mudah untuk terus membawa jenama Tudung Ruffle terus naik.

Kepada mereka yang kisah permulaannya seperti Anis, terutamanya generasi muda yang tiada pengalaman dalam perniagaan, tidak mendapat tunjuk ajar daripada orang dewasa, tidak mempunyai perancangan susulan atau idea daripada ibu bapa. Andainya berlaku sesuatu kepada perniagaan yang anda usahakan, jangan sesekali mudah menyerah dan berputus asa. Bangkitlah dan belajar berdikari.

Percaya dan yakinlah ia akan membantu mematangkan kiran dan setiap tindaktanduk kita. Setiap kejayaan yang terlakar itu bukanlah bersandarkan pada warna-warna yang cantik dan indah sahaja. Ada pelbagai warna yang akan membentuk kejayaan kita.

Apa yang Anis boleh kongsikan, adalah mulakan dalam skala yang kecil dahulu. Usah terlalu terburu-buru mahu terus sampai ke puncak. Ketahui siapakah golongan sasaran, apakah jenis produk yang sesuai dipasarkan, jangka masa sesuatu produk dalam pasaran dan sebagainya. start small, dream big. Apa yang penting, fokus dan berusaha bersungguh-sungguh. Insya-Allah, rezeki di tangan Allah SWT, cuma kita perlu bijak menyusun langkah untuk mencarinya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!