Elak Ditipu Deposit Rumah Sewa

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Elak Ditipu Deposit Rumah Sewa | Adakah ini adalah kali pertama anda bekerja luar dari kampung halaman yang jauh dari keluarga sehingga anda perlu mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja? Kebanyakkan yang pertama kali mencari rumah sewa tidak tahu menahu mengenai prosesnya serta terma – terma juga agak janggal bagi korang kan?

Kebanyakkan akan terus membayar deposit rumah sewa tanpa bertanya sepenuhnya mengenai deposit tersebut dan akhirnya ditipu oleh pemilik rumah sewa tersebut. Apabila tiba hujung bulan, semasa nak keluar rumah duit deposit pun sudah “burn” atas alasan yang tidak munasabah daripada pemilik rumah. Jadi bagi mengelakkan anda tertipu lagi, kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda 3 istilah deposit yang korang WAJIB ambil tahu sebelum nak sewa rumah:

Deposit rumah 1+1, 2+1, 2+1+1 ? Apa itu?

Elak Ditipu Deposit Rumah Sewa

Semasa anda melihat iklan rumah sewa di internet, pada bahagian info tambahan pemilik rumah akan tulis “DEPOSIT SEWA: 1+1 atau 2+1 atau pun 2+1+1”, namun kebanyakkan bakal penyewa tidak berapa tahu mengenai maksud bagi istilah tersebut dan terus membayar deposit tanpa bertanya. Untuk makluman anda, kesemua nombor tersebut mempunyai maksud yang tersendiri. Sebagai contoh, sewa rumah sebanyak RM500 :

1+1 : RM500 (cagaran) + RM500 (sewa untuk bulan pertama) = RM1,000 deposit yang perlu dibayar

2+1 : RM1,000 (cagaran) + RM500 (sewa untuk bulan pertama) = RM1,500 deposit yang perlu dibayar

2+1+1 : RM1,000 (cagaran sewa rumah) + RM500 (cagaran utiliti rumah) + RM500 (sewa bulan pertama) =
RM2,000 deposit yang perlu dibayar

Elak Ditipu Deposit Rumah Sewa

Terdapat sesetengah pemilik rumah yang tidak mahu mengembalikan deposit dan ianya bergantung kepada perjanjian bertulis antara penyewa dan juga pemilik rumah. Selain itu, terdapat juga pemilik rumah yang meletakkan syarat deposit sebagai bayaran advance sewa bagi bulan terakhir dan ada juga yang tidak mahu deposit.

Oleh itu, sebelum anda hendak salahkan pemilik rumah kerana letak deposit tinggi, anda perlu faham terlebih dahulu terma ini. Pemilik rumah perlu meletakkan deposit sebagai cagaran kondisi rumah. Sebagai contoh, tuan rumah memberikan rumah yang fully-furnished. Mereka perlukan cagaran agar jika ada perabot yang rosak, mereka tidak akan rugi. Atau juga jika penyewa tiba-tiba sahaja melarikan diri, tidak lah mereka rugi untuk sewa
pada bulan tersebut.

Kenapa perlu letak deposit?

Tuan rumah perlu wujudkan perjanjian sebegini atas sebab-sebab risiko yang terlalu banyak, contohnya:
1. Penyewa selalu menanguh pembayaran sewa sehinggakan tuan rumah perlu bayarkan dahulu ke bank setiap bulan. Bayangkan kalau
tuan rumah tiada duit, jika lewat habislah buruk CCRIS tuan rumah.
2. Penyewa larikan diri dan langsung tidak membayar sewa.
3. Dalam kontrak cakap menetap selama 6 bulan, tapi selang 3 bulan sudah mahu berhenti menyewa. Rugi lah tuan rumah kerana waktu itu baru lah nak cari penyewa baru semua bukannya senang.
4. Penyewa rosakkan barangan di rumah dan menyebabkan kerugian. Deposit itu boleh lah cover bayaran kerosakan.

Wajib ada perjanjian bertulis

Elak Ditipu Deposit Rumah Sewa

Walaupun dilihat perjanjian sewa rumah hanya perkara biasa, namun jangan sesekali ambil mudah mengenai hal ini. Deposit rumah bukanlah jumlah yang sikit. Jika anda tidak mahu menyesal dikemudian hari, silalah buat perjanjian hitam putih dengan penyewa supaya senang untuk dirujuk jika berlaku apa apa perkara di kemudian hari.

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!