e-Operasi – Login Modul Pengurusan Guru KPM. Setiap guru wajib melaksanakan verifikasi data guru melalui sistem e-Operasi 2019.
e-Operasi adalah salah satu Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru. Terdapat beberapa kategori pengguna iaitu:
1. Pentadbir Sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah)
2. Pengguna (guru dan bukan guru)
Login eOperasi: Kemaskini Maklumat Guru
Semua bahagian Sektor Operasi Pendidikan iaitu Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Sukan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan perlu memastikan maklumat guru adalah sahih, tepat dan terkini.
Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru). Perincian adalah seperti berikut:
1. Pengguna – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem portal rasmi sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
2. Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.
Modul Pengguna
Laman utama e-Operasi memaparkan beberapa maklumat penting antaranya Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian.
Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.