Contoh Soalan Pelukis Pelan Seni Bina Gred JA29

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Contoh Soalan Pelukis Pelan Seni Bina JA29 . Jika anda merupakan calon yang dapat layak dalam Ujian Psikometrik, Peperiksaan atau Temuduga jawatan ini anda boleh buat rujukan tambahan anda serta kami ucapkan TAHNIAH kerana berjaya sebagai calon exam ini.

contoh soalan pelukis pelan seni bina

Maklumat bagi jawatan tersebut akan dimaklumkan oleh Portal Rasmi SPA (Suruhanjaya Pekhidmatan Awam) bahagian penjadualan peperiksaan dimana ujian tesebut akan dijalankan untuk semua (Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

Tugas & Gaji Jawatan

Hasil rujukan kami melalui laman SPA dibawah adalah info gaji untuk jawatan ini :

  • ➠ GRED :  JA29
  • ➠ GAJI MINIMUM : RM1,549.00
  • ➠ GAJI MAKSIMUM : RM5,701.00
  • ➠ KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM145.00

Baca Juga :

Sebagai bakal pemegang amanah tugas untuk jawatan pelukis pelan seni bina, dibawah merupakan ringkasan senarai tugas yang akan dijalankan.

  • ➠ Ditanggungjawabkan bagi perlaksanaan skop kerja seni bina seperti penyediaan lukisan teknikal serta spesifikasi
  • ➠ Buat semakan lukisan perunding
  • ➠ Rekod dan selenggara lukisan
  • ➠ Sediakan study model
  • ➠ Sediakan reka bentuk
  • ➠ Sediakan lakaran reka bentuk
  • ➠ Sediakan lukisan kerja
  • ➠ Lukisan perunding,
  • ➠ Pantau malum balas penilaian teknikal
  • ➠ Laksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan
  • ➠ Menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.

Bentuk Soalan

Soalan agak mudah anda hanya perlu jawab dalam bentuk

  • ➠ Ya atau Tidak
  • ➠ Betul atau Salah
  • ➠ Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • ➠ Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  • ➠ Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  • ➠ Dan Sebagainya

Ada juga jawatan yang mempunyai ujian psikometrik bahagian Matematik yang perlu anda buat.

Contoh Soalan Psikometrik Pelukis Pelan Seni Bina JA29

Selalunya ujian ini ada kadangkala tiada, walaubagaimanapun jika ada anda boleh rujuk contoh di bawah.

Ujian Psikometrik ialah satu test berbentuk tiori serta ukur tahap pasikologi calon dalam menjawab soalan. Antara point utama dalam ujian ini ianya akan uji tahap personaliti diri kita, sikap, nilai positif, toleransi, dan banyak lagi.

*Rujukan dibawah ini merupakan contoh soalan psikometrik pelukis pelan seni bina sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran untuk anda dalam membuat persiapan.

➠ Setiap tugas akan saya laksanakan tanpa disuruh.
A. Ya
B. Tidak

➠ Saya seorang cepat putus asa bila dikritik oleh orang lain.
A. Ya
B. Tidak

➠ Saya _____ bertolak ansur terhadap orang yang berjanji tetapi tak tepati
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

➠ Saya _____ beri keputusan terhadap cadangan yang diajukan dengan spontan walaupun ramai dah setuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

➠ Sistematik dan teliti adalah sifat yang ada dalam diri saya.
A. Ya
B. Tidak

➠ Apabila ada peluang, kita tidak perlu lagi usaha
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

➠ Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C.Tidak Pasti

➠ Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

➠ Jika ada sebarang berita saya akan selidik dahulu.
A. Ya
B. Tidak

➠ Saya sering bersukan setiap minggu.
A. Ya
B. Tida

➠ Saya gembira bila rakan sejawat dapat cemerlang dalam perkhidmatan.
A.Ya B.Tidak
C. Tidak Pasti

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Psikometrik Pelukis Pelan Seni Bina JA29

Contoh Soalan Psikometrik Pelukis Pelan Seni Bina JA29 (Matematik)

Ada juga jawatan yang mempunyai ujian psikometrik bahagian Matematik yang perlu anda buat.

*Dibawah adalah contoh soalan psikometrik pelukis pelan seni bina matematik sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan math untuk anda dalam membuat persiapan.

➠ Dari nombor 21 hingga 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25     C. 115
B. 35     D. 125
Jawapan : A

➠ Antara berikut yang manakah benar?
A. 0.32km bersamaan 3020m
B. 1.12km bersamaan 1012m
C. 0.45km bersamaan 4500m
D. 1.25km bersamaan 1250m

➠ Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
A. 0.32  C. 30.2
B. 3.2    D. 32
Jawapan : D

➠ Manakah yang memberikan nilai yang paling hampir kepada 8?
A. (8.4 x 3) / 3  B. (7.5 x 3) / 3
C. (6.2/ 3) x 4   D. (5.9/ 3) x 4
Jawapan : D

➠ 2 jam 55 minit + 48 minit + 3 jam 24 minit
A. 5 jam 07 minit C. 5 jam 27 minit
B. 7 jam 07 minit D. 6 jam 27 minit
Jawapan : B

➠ Sebuah gerai menjual nasi lemak telur berharga RM1.50 dan nasi lemak udang berharga RM1.80. Bilangan bungkusan nasi lemak yang dijual adalah sama dan keseluruhannya berjumlah 316 bungkus. Berapakah jumlah hasil jualan keseluruhannya?
A. RM284.40  C. RM521.40
B. RM474.80  D. RM568.80
Jawapan : C

➠ Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit
A. 2 jam 15 minit B. 2 jam 55 minit
C. 4 jam 15 minit D. 4 jam 25 minit

➠ Berapakah baki apabila RM100,795 dibahagi 8?
A. 0.3  B. 0.4
C. 3     D. 4

➠ Dalam turutan nombor 2,3,5,8, … , apakah nombor yang ke 7?
A. 12 B. 17
C. 23 D. 24

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Psikometrik Pelukis Pelan Seni Bina JA29

Contoh Soalan Peperiksaan Pelukis Pelan Seni Bina JA29

*Dibawah nanti merupakan contoh soalan peperiksaan pelukis pelan seni bina secara Ujian Peperiksaan Online sahaja, untuk pengetahuan contoh soalan bagi jawatan ini belum ada yg khusus lagi, akan tetapi akan akan kemaskini jika ada terdapat soalan yang berkaitan dengannya..

Segala contoh soalan peperiksaan pelukis pelan seni bina yang bakal dikongsi nanti hanya sekadar contoh sahaja. Selalunya terdapat dua seksyen iaitu

Seksen A – Pengetahuan Am (40 Minit)

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Peperiksaan Pelukis Pelan Seni Bina JA29

Contoh Soalan Temuduga Pelukis Pelan Seni Bina JA29

*Dibawah merupakan contoh soalan temuduga Pelukis Pelan Seni Bina JA29 bagi jawatan ini sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan untuk anda dalam membuat persiapan.

Apa yang selalu ditanya dalam contoh soalan temuduga pelukis pelan seni bina ini selalunya soalan yang berkait serta isu semasa.

➠Sila kenalkan diri anda serta latar belakang seringkas boleh?

➠Apa tugas sebenar pelukis pelan seni bina?

➠Kenapa nak sangat kerja pelukis pelan seni bina ni?

➠Apa fungsi seorang pelukis pelan seni bina dalam kerajaan?

➠Apa Isu terkini yang hangat dalam negara sekarang (intrend)?

➠Adakah anda sanggup jika dihantar berkhidmat di pendalaman atau sabah dan sarawak?

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

(Untuk dapatkan kemaskini terkini) 

➱ Join Telegram  : Telegram Channel Pelukis Pelan Seni Bina JA29

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!