Contoh Soalan Akauntan Gred WA41


Like Us

Klik Like Page Untuk Dapatkan Update Terkini!

Serba sedikit kami kongsikan tentang Ujian Psikometrik SPA, peperiksaan online serta temuduga bagi anda yang BERJAYA dapat dalam jawatan pegawai akauntan wa41 tersebut baru-baru ini. Ada juga contoh soalan ada juga dalam bentuk matematik

contoh soalan Akauntan Gred WA41

Maklumat bagi jawatan tersebut akan dimaklumkan oleh Portal Rasmi SPA (Suruhanjaya Pekhidmatan Awam) bahagian penjadualan peperiksaan dimana ujian tesebut akan dijalankan.

Tugas & Gaji Jawatan

Hasil rujukan kami melalui laman SPA dibawah adalah info gaji untuk jawatan ini :

  • GRED : W41
  • GAJI MINIMUM : RM2,820.00
  • GAJI MAKSIMUM : RM9,585.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM225.00

Baca Juga :

Sebagai bakal pemegang amanah tugas untuk jawatan akauntan, dibawah merupakan ringkasan senarai tugas yang akan dijalankan.

  • Kendali serta urus fungsi-fungsi akaun dan kewangan pejabat kerajaan
  • Laksana analisis laporan kerangan dan fungsi perbendaharaan

Bentuk Soalan

Soalan agak mudah anda hanya perlu jawab dalam bentuk

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  • Dan Sebagainya

Contoh Soalan Psikometrik Akauntan WA41

Kadangkala ujian ini ada kadangkala tiada, tetapi jika ada boleh rujuk contoh di bawah.

Ujian Psikometrik ialah satu test berbentuk tiori serta ukur tahap pasikologi calon dalam menjawab soalan. Antara point utama dalam ujian ini ianya akan uji tahap personaliti diri kita, sikap, nilai positif, toleransi, dan banyak lagi.

Ada juga jawatan yang mempunyai ujian psikometrik bahagian Matematik yang perlu anda buat.

*Dibawah merupakan contoh soalan psikometrik sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran untuk anda dalam membuat persiapan.

➠ Idea saya banyak tetapi saya sukar keluarkannya
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

➠ Saya _____ beri keputusan terhadap cadangan yang diajukan dengan spontan walaupun ramai dah setuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

➠ Saya tidak murah marah walaupun ada yang berniat jahat terdapat saya.
A. Benar
B. Neutral
C. Tidak Benar

➠ Saya lebih suka jadi ketua daripadi ikut suruhan.
A. Ya
B. Tidak

➠ Jika ada sebarang berita saya akan selidik dahulu.
A. Ya
B. Tidak

➠ Saya Selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

➠ Saya gembira bila rakan sejawat dapat cemerlang dalam perkhidmatan.
A.Ya B.Tidak
C. Tidak Pasti

➠ Saya _____ kena marah sebab langgar peraturan (sop)
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Sekali-sekala
D. Tidak pernah

➠ Apabila ada peluang, kita tidak perlu lagi usaha
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

➠ Saya _____ bertolak ansur terhadap orang yang berjanji tetapi tak tepati
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Psikometrik Akauntan WA41

Contoh Soalan Psikometrik Akauntan WA41(Matematik)

*Dibawah merupakan contoh soalan psikometrik matematik sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan math untuk anda dalam membuat persiapan.

➠ (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0
Jawapan : B

➠ 2 jam 55 minit + 48 minit + 3 jam 24 minit
A. 5 jam 07 minit C. 5 jam 27 minit
B. 7 jam 07 minit D. 6 jam 27 minit
Jawapan : B

➠ Dari nombor 21 hingga 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25 C. 115
B. 35 D. 125
Jawapan : A

➠ Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 7.5?
A. 7.055. C. 7.005
B. 8.065 D. 8.005
Jawapan : A

➠ (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?
A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0
Jawapan : B

➠ Dalam turutan nombor 2,3,5,8, … , apakah nombor yang ke 7?
A. 12 B. 17
C. 23 D. 24

➠ Satu titisan air berisipadu 2.5ml. Berapakah bilangan titisan air supaya memenuhi bekas 0.5 liter?
A. 250 C. 150
B. 200 D. 100
Jawapan : B

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Psikometrik Akauntan WA41

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

*Dibawah merupakan contoh soalan peperiksaan online sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan untuk anda dalam membuat persiapan.

Sebut mengenai milikan tunggal, yang mana berikut dibawah adalah SALAH?
I Pengumpulan modal daripada terbitan saham kepada orang ramai
II Liabiliti tidak terhad
III Laporan penyata kewangan hendaklah disiarkan melalui surat khabar
IV Seorang pemilik perniagaan sahaja
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

Jawapan: C

2. Dalam perakauan ianya diklasifikasikan sebagai proses?
I. Merekod
II. Mencatit
III. Meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara sistematik
IV. Debit dan Kredit
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II dan IV
D. I, III dan IV

Jawapan: B

3. Apa tujuan sebenar kita buat akaun dalam sesebuah organisasi?

I. Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada masa tertentu.
II. Segala hutang piutang perniagaan dapat dikawal dan dikutip.
III. Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai
tanggungan perniagaan beliau.
IV. Daya ingatan manusia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan
apa yang berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II dan IV
D. I, II, III dan IV

Jawapan: D

4. Kitaran prosesan data terdiri daripada mana?

A. Input, Prosesan dan Output
B. Susun, Proses dan Kesimpulan
C. Penerimaan, Simpan dan Papar
D. Banding, Kira dan Output

Jawapan: A

5. Cukai  kepenggunaan  semasa  ialah?

I. Cukai  Jualan
II. Cukai Pintu
III. Cukai Tanah
IV. Cukai Perkhidmatan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Jawapan: B. I dan IV

6. Bila cukai juala diperkenalkan?

A. 03 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 01 April 2015
D. 29 Februari 1972

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41

Contoh Soalan Temuduga Akauntan WA41

*Dibawah merupakan contoh soalan temuduga bagi jawatan ini sahaja, apa yang dipaparkan bukanlah soalan sebenar peperiksaan, ianya hanya sekadar gambaran bentuk solaan untuk anda dalam membuat persiapan.

➠Sila kenalkan diri anda serta latar belakang seringkas boleh??

➠Apa tugas sebenar akauntan?

➠Kenapa nak sangat kerja akauntan ni?

➠Apa fungsi seorang akauntan dalam kerajaan?

➠Apa Isu terkini yang hangat dalam negara sekarang (intrend)?

➠Adakah anda sanggup jika dihantar berkhidmat di pendalaman atau sabah dan sarawak?

➱ Rujukan Tambahan : Contoh Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

 

(Untuk dapatkan kemaskini terkini) 

Join Telegram  : Telegram Channel Akauntan WA41

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.