Cara Tukar Alamat Dalam MyKad 2019



Cara Tukar Alamat Dalam MyKad 2019

Perhatian buat semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah mengemaskini cara untuk mengubah atau tukar alamat pada kad pengenalan atau dikenali sebagai MyKad / Mykid bermula tarikh 2 Mei 2019. Penukaran Alamat dalam MyKad lazimnya akan dilakukan di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh Malaysia. Bermula 2 Mei 2019, cara tukar alamat dalam MyKad memerlukan dokumen sokongan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman telah mengumumkan sistem penukaran butiran alamat pada kad pengenalan perlu disertakan sekali bersama dokumen sokongan seperti cukai pintu, bil utiliti dan sebagainya. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan masalah maklumat yang tidak sahih pada kad pengenalan berikutan kes ’50 hingga 100 orang’ menggunakan alamat sama bagi memperolehi kad pengenalan.

gif,GIF89a%01%00%01%00%80%00%00%00%00%00%FF%FF%FF%21%F9%04%01%00%00%00%00%2C%00%00%00%00%01%00%01%00%00%02%01D%00%3B

Antara masalah lain yang dilaporkan termasuklah kes permohonan alamat dilakukan tetapi kawasan tersebut merupakan tanah kosong tanpa rumah. Perkara ini bukan sahaja menyusahkan bahagian JPN, malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut terkena tempiasnya. SPR akan mengalami kesukaran dalam urusan daftar mengundi. Manakala PDRM pula susah untuk mengesan individu yang terlibat dalam siasatan polis akibat alamat yang tidak sahih.

SPR turut bersetuju dengan langkah ini berikutan ia dapat membantu membendung apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak yang kurang bertanggungjawab dalam mendaftar pemilih (pengundi) di sesebuah kawasan atau memindahkan pengundi ke kawasan yang lain dengan menyalahguna alamat kediaman palsu. Justeru langkah kerajaan dalam menguatkuasakan cara baru untuk menukar alamat dalam MyKad telah disambut baik oleh semua pihak.

Cara Tukar Alamat Dalam MyKad Berkuatkuasa 2 Mei 2019 (Penukaran Butiran Alamat)



Seperti yang diumumkan, mulai 2 Mei 2019, kerajaan bakal melaksanakan cara baru dalam penukaran butiran alamat di dalam MyKad. Berikut adalah keterangan lanjut mengenai proses penukaran tersebut. Tindakan perlu dilakukan oleh pemohon itu sendiri dengan membawa dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di bawah

CARA PENUKARAN BUTIRAN ALAMAT DALAM MYKAD

A) PEMOHON
1. Pemohon perlu hadir sendiri ke Bahagian Kad Pengenalan (BKP), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan anda
2. Bagi pemohon bawah 18 tahun, anda perlu hadir dengan membawa dokumen sah ibu, bapa atau penjaga berumur 21 tahun ke atas iaitu salah satu daripada: 
  • Adik Beradik
  • Datuk / Nenek
  • Ibu / Bapa Saudara
3. Pemohon perlu kemukakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat
4. Sekiranya pemohon tidak mempunyai dokumen sokongan (seperti dinyatakan di bawah), sila bawa surat pengesahan daripada penghulu / ketua kampung / tuai rumah / ADUN / Ahli Parlimen / majikan yang menyokong permohonan penukaran alamat 

B) DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

1. Bil Elektrik
2. Bil Pembentungan
3. Bil Utiliti
4. Cukai Pintu
5. Borang Taksiran Cukai Pendapatan
6. Perjanjian Jual Beli Rumah
7. Perjanjian atau Resit Sewa Rumah (Sekiranya Menyewa)
8. Lain-lain Dokumen Pembuktian Pemohon Menetap di Alamat Baharu Tersebut

Kepentingan Penukaran Butiran MyKad

Menurut Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001). Ianya menyatakan bagi setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan berlaku pertukaran kediaman serta tinggal menetap di tempat bahari selama lebih 90 hari, hendaklah membuat penukaran butiran alamat dalam MyKad.

Maklumat Lanjut Cara Tukar Alamat Dalam MyKad

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai penukaran butiran alamat di MyKad. Sila rujuk pautan di bawah atau hubungi pihak Jabatan Pendaftaran Negara seperti berikut:

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan rakyat Malaysia dalam membuat penukaran butiran alamat pada MyKad / Kad Pengenalan. Diharapkanagar usaha murni kerajaan ini dapat membuatkan proses pentadbiran negara lebih lancar dan telus

 

Channel-Telegram-Jawatan-Kosong

Info Lain

  1. Kalendar Cuti Umum 2019 Malaysia Public Holidays
  2. Senarai Bantuan Kerajaan 2019 Oleh Pakatan Harapan
  3. Informasi B40 M40 Dan T20 Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.