Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pada hari ini 23 Mac 2020 bahawa pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWP) boleh keluarkan wang dari akaun 2 buat tempoh ini. Hal ini bagi mengurangkan beban mereka yang terkesan dengan Covid-19.
KWSP Akaun 2 Boleh Dikeluarkan RM500
“Semua pencarum KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan,” kata PM pada sidang media hari ini.
“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020,” tambah beliau.
Baca Juga : Cara Mohon Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Cuti Tanpa Gaji
Alhamdulillah, berkat doa rakyat akhirnya KWSP akaun 2 boleh dikeluarkan disebabkan ekonomi Malaysia yang tidak stabil.
Cara Pengeluaran KWSP
Permohonan secara atas talian/ online akan dibuka mulai 1 April di laman rasmi KWSP. Sila daftar untuk e-pengeluaran terlebih dahulu.
Maklumat Lanjut : Cara Pengeluaran (PDF)
Intipati Lain
Sidang media PM hari ini :
Inisiatif kerajaan terbaru yang telah diputuskan :
1. Kemudahan pengeluaran KWSP , bawah 55 boleh keluarkan akaun 2 maksimum RM 500 sebulan, selama 12 bulan bermula 1 April 2020.
2. Menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta kepada kementerian kesihatan.
Peruntukan 100 juta untuk KKM melantik 2000 Kakitangan baru secara kontrak.
3. Menyalurkan peruntukan 130 juta ringgit kepada negeri2 untuk membantu peniaga dan penjaja kecil, bantuan kepada ahli keluarga pesakit Dan petugas2 kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah negeri.
4. Menyediakan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan kepada peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman.
Info Lain : Cara Buat Semakan KWSP Online
Apa niee jadi macam mana dengan ahli3 swasta. Yang minta bantu ramai2 nie ahli swasta
K nk ni
108252002932
MUHAMMAD ZULHILMI BIN ABU HASHIM
151276177293