Biasiswa JPA Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2019

Biasiswa JPA Ijazah Dalam Negara (PIDN)Biasiswa JPA Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang sedang berada di tahun pertama.
Negara RM100K - RM200K MOHON SEKARANG


Like UsKlik Like Untuk Dapatkan Update Terkini!

Biasiswa JPA Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2019

Permohonan atas talian (online) bagi Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2019 akan mula dibuka pada __ hingga __ 2019 bermula jam _.__ pm sehingga __  2019 jam __ pm. Permohonan ini terbuka kepada  calon-calon yang sedang berada di tahun pertama.

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di universiti awam, politeknik premier dan Government Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) layak memohon biasiswa ini.

SYARAT UMUM

– Warganegara Malaysia
– Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
– Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak dalam tindakan undang-undang oleh JPA
– Mempunyai kesihatan yang baik
– Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam

SYARAT KHUSUS

Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;

Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
*Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian
– Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.30 ATAU
– Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi satu daripada syarat berikut:
– Memperoleh sekurang-kurangnya 3.50 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang telah disenaraikan; atau
– Memperoleh sekurang-kurangnya 3.75 di peringkat persediaan (foundation) di IPTS (GLU) yang telah disenaraikan
– Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;

*Bidang Perubatan dan Pergigian
– Sedang mengikuti pengajian di tahun pertama
– lulus bagi semester pertama di tahun pertama bagi bidang perubatan dan pergigian.

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

– Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
– Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau
– Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
– Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

 

DISIPLIN

Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2018 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:

Bidang pendidikan;

Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;

Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;

Program-program berkembar / dual award / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UKM-UDE dan UMP-HsKA);

Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;

Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA;

Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian.

CARA MEMOHON BIASISWA JPA IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama tujuh (7) hari mulai _________. Calon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan boleh rujuk di Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah dibuat dengan sempurna serta pemohon hendaklah mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2019 sebagai bukti permohonan telah dibuat. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 mulai __ hingga ____ 2019 (hari bekerja sahaja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.Untuk mengemukakan permohonan, anda perlu klik pautan berwarna biru untuk terus ke laman permohonan.


MOHON SEKARANG

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada __________ jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ pada Ogos 2019 (tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian). Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal eSILA.

 

p/s : Jika anda ingin memohon kerja kosong sila klik disini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu! Terima Kasih.