Bantuan Sara Hidup BSH 2020 | Semakan Fasa 2

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Bantuan Sara Hidup BSH 2020. Ketahui cara untuk semak dan buat rayuan BSH 2020 secara online di Portal Rasmi di artikel ini.

Dalam Fasa 2, Pembayaran sebanyak RM200 telah pun diagihkan bermula pada 15 Mac 2020 secara BERPERINGKAT.

Mereka yang layak juga akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dan juga e-tunai sebanyak RM50 yang akan disalurkan pada Mei 2020.

Menurut Pakej Ransangan Ekonomi, BSH fasa ke-2 akan diawalkan pada bulan Mac 2020. Dan penerima BSH akan dapat bantuan tambahan sebanyak RM100 (Tunai) dan RM50 (e-Tunai) yang akan dibuat pada bulan Mei nanti.

Bantuan RM200 diagihkan bermula dengan Warga Emas, dan akan diberikan secara BERPERINGKAT kepada penerima yang lain. Sila nantikan dan semak akaun bank anda secara online, lebih mudah tanpa perlu ke ATM.

Berikut adalah notis mengenai bantuan Fasa ke dua ini :

notis pembayaran bsh 2

Cara Buat Semakan BSH Fasa 2


1. Untuk buat semakan, sila buat secara online, melalui website ataupun Apps BSH.

2. Klik di pautan bawah untuk semakan:

Semak Sini

3. Masukkan IC Kad pengenalan anda.

4. Sila isi Captcha untuk teruskan proses semakan.

5. Jika anda layak untuk Fasa 2, akan ditulis

RM200 – DALAM PROSES PENGKREDITAN

Pembayaran BSH fasa-fasa (1)

Pemohon BSH Bujang sila ke sini  -> BSH Bujang 2020

Apa Itu Bantuan Sara Hidup BSH?

Bantuan Sara Hidup (BSH) dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dijenamakan semula pimpinan baru Kerajaan Pakatan Harapan.

Bantuan kewangan bertujuan untuk mengurangkan beban golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan rendah di Malaysia.

BSH kali ini akan lebih tersasar kepada golongan B40 dan saiz isi rumah.

Kategori Penerima & Jumlah Pembayaran BSH

Berikut adalah beberapa kategori penerima BSH Rakyat bagi tahun 2020 mengikut jumlah pendapatan isi rumah:

bsh bantuan

  • Pendapatan Isi Rumah RM2000 dan ke bawah (Bulanan) :
    – Jumlah BSH =  RM1000 + RM120/ anak 
  • Pendapatan Isi Rumah RM2001 hingga RM3000 (Bulanan) :
    – Jumlah BSH =  RM750 + RM120/ anak 
  • Pendapatan Isi Rumah RM3,001 hingga RM4000 (Bulanan) :
    – Jumlah BSH =  RM500 + RM120/ anak 
Contoh : En. Mahathir berpendapatan bawah RM2000 sebulan dan mempunyai 6 orang tanggungan anak yang layak, beliau layak menerima bantuan sebanyak RM1600 mengikut fasa yang ditetapkan kerajaan.

bsh bantuan bujang oku

  • Bujang (40 Tahun ke atas) – Pendapatan RM2000 ke bawah :
    – Jumlah BSH RM300
  • OKU (18 Tahun ke atas) – Pendapatan RM2000 ke bawah :
    – Jumlah BSH RM300
  • BSH Kategori Bujang :
    – Jumlah RM100
    * akan diumumkan semula oleh YB Menteri Kewangan dalam masa terdekat.

Fasa Kedua Bantuan Sara Hidup 2020

FAQ

S : Permohonan BSH 2019 saya tidak lulus, boleh ke saya dapat untuk Fasa 1 2020?
J : Tidak dapat untuk Fasa 1, sila kemaskini dan buat rayuan semula pada 1 Februari nanti.

S : Bila bantuan untuk kategori Bujang & OKU akan dibayar?
J : BSH untuk kategori Bujang & OKU akan dibayar secara one-off pada Fasa Kedua.

S : Saya duduk di pedalaman dan tidak mempunyai akaun bank, bagaimana pembayaran akan dilakukan?
J : Bayaran untuk penerima di kawasan pedalaman yang tiada akaun akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai.

faq bsh

Cara Buat Rayuan BSH 2020:

Bagi mereka yang tidak lulus BSH 2020 ini, anda di nasihatkan untuk membuat rayuan semula.

Ada beberapa sebab kenapa anda gagal dapat BSH 2020 dan dikelaskan sebagai tidak layak.

Jika kita lihat dalam bantuan kerajaan sebelum ini, tapisan kelayakkan akan dibuat berdasarkan data daripada agensi kerajaan yang lain seperti SSM, JPJ dan sebagainya.

Berikut ialah kenyataan rasmi Menteri Kewangan Malaysia:

Pangkalan data BSH 2020 telah melalui beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya status pemilikan kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40) bagi memastikan mereka yang memerlukan sahaja menerima BSH 2020.Menteri Kewangan

Jadi bagi mereka yang layak tapi belum dapat BSH 2020 ini, anda digalakkan untuk semak beberapa perkara seperti:

  • SSM – Jika ada SSM yang dah tidak aktif, matikan dahulu di SSM sebelum buat rayuan.
  • Kereta Mahal – Jika anda miliki kereta Honda atau kereta yang mahal, sudah tentu anda tidak layak dapat BSH 2020.
  • Superbike – Jika anda miliki motor mahal, sudah pasti anda tidak layak dapat BSH 2020.

Berikut antara contoh-contoh pemilikkan kenderaan dan perniagaan yang mungkin menunjukkan anda bukan golongan yang memerlukan.

Jadi, jika anda betul-betul berkemampuan, minta beri laluan kepada orang lain untuk Bantuan Sara Hidup 2020 ini.

Tetapi jika anda benar-benar memerlukan, seperti menjual kenderaan mewah anda dan menutup syarikat tersebut.

P/S: Minta anda semua cepat selesaikan perkara diatas kerana rayuan BSH 2020 akan dibuka tepat pada 1 Februari 2020 ini.

Cara Kemaskini BSH (Bantuan Sara Hidup) 2020:

fasa pertama BSH 2020 img

Permohonan perlu dikemaskini kerana terdapat beberapa perubahan & tambahan syarat kelayakan BSH seperti kadar tambahan jumlah bantuan kepada anak. Pemohon boleh membuat kemaskini melalui 2 cara yang berbeza iaitu secara online atau manual.

* Untuk makluman semua, Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020. Bayaran sebanyak RM300 kepada yang berdaftar.*

apply online bsh

a. Kemaskini BSH Secara Online

1. Pilih menu MyBSH –

Tekan Sini

2. Isikan No. Kad Pengenalan yang telah didaftarkan & tekan butang SEMAK.

3. Tekan butang mohon TAC & anda akan dapat 6 digit nombor TAC melalui SMS. Tekan Hantar.

4. Klik butang Kemaskini & kemaskini maklumat yang diperlukan.

5. Isi Kod Captcha & tekan bukan Sahkan Captcha untuk membuat pengesahan maklumat

8. Bagi pengesahan maklumat , sila tandakan ‘Tick’ pada kotak di paparan seterusnya untuk membuat pengakuan terhadap Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan.

9. Tekan butang Hantar.

*Jika laman web tersebut tidak boleh dibuka, bermaksud terlalu ramai pengguna yang masuk ke website tersebut. Anda dinasihati untuk tunggu atau kemaskini ketika waktu malam.*

apply manual bsh

b. Kemaskini BSH Secara Manual

Pemohon boleh membuat semakan BSH & membuat rayuan BSH secara manual hanya dengan mengisi borang manual yang boleh didapatkan secara percuma di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Atau boleh juga memuat turun borang manual melalui Portal Rasmi BSH Hasil (akan disediakan sebaik sahaja pengumuman dibuat).

Di bawah adalah jadual pembukaan kaunter bagi urusan pengambilan dan penyerahan borang manual di LHDN seluruh Negeri, & borang untuk kemaskini maklumat waris:
Jadual Pembukaan Kaunter BSH LHDN Seluruh Negeri
Borang Kemaskini Maklumat Waris

Kriteria & Syarat Kelayakan BSH

bantuan sara hidup rakyat 2020 BSHR 2020

Apakah syarat kelayakan bagi pemohon BSH yang berstatus kahwin? (Sumber: BHARIAN, HMETRO)

i. Pemohon

  • Warganegara yang menetap di Malaysia.
  • Lelaki/ Wanita yang menjadi ketua keluarga yang bekerja di Malaysia berpendapatan kasar RM4000 ke bawah (sebulan).

ii. Pasangan

  • Warganegara Malaysia mempunyai MyKad ,MyPR / MyKAS; atau
  • Bukan Warganegara Malaysia DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad / MyKid)

iii. Anak (jika mempunyai anak)

  • Hubungan adalah anak kandung termasuk anak tidak sah taraf atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
  • Warganegara Malaysia
  • Tidak bekerja
  • 18 tahun ke bawah; atau
  • 19 tahun dan ke atas: Masih menuntut pengajian di Institusi Pengajian Awam atau OKU yang berdaftar.

P/S : Selain daripada bantuan my bsh ini, kerajaan juga ada menyediakan bantuan seperti MySalam, rebat elektrik Rm40 & iSuri. Jika anda berminat untuk mendapatkan semakan wang tak dituntut sila daftar di laman web egumis untuk tuntutan.

Cara Hubungi BSH (Pertanyaan Lanjut)

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Sara Hidup Rakyat termasuk masalah berkaitan rayuan, boleh didapati di pautan FAQ di bawah atau hubungi:

Semoga artikel BSH ini bermanfaat untuk semua. Diharap agar semua berjaya dalam membuat permohonan untuk permohonan BSH 2020 ini. Untuk sebarang pertanyaan dan masalah, sila tinggalkan komen anda di bawah, jawatan kosong akan sedaya upaya untuk membantu.

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Sila Share Artikel Ini Dahulu!