Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dana tambahan untuk membantu rakyat yang diberi nama Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0 pada era pandemik ini.
BPN 2.0 terbahagi kepada dua fasa pembayaran fasa pertama dan fasa kedua. Bayaran Fasa Pertama telah pun diagihkan kepada rakyat pada 19 Oktober 2020 yang lepas.
Jadual Pembayaran BPN 2.0 Fasa Kedua
Bila bayaran BPN 2.0 bagi fasa kedua akan dilakukan?
Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan, bayaran akan dilakukan bermula pada 21 Januari ini, bergantung kepada kategori B40 dan M40.
Bayaran untuk Fasa Kedua ini telahpun masuk secara berperingkat bermula pada 19 Januari, kebanyakkannya yang masuk adalah ke dalam BSN (Bank Simpanan Nasional).
Apply Juga : Mohon BPR (Bantuan Prihatin Rakyat)
Untuk jadual sebenar pembayaran bagi akaun bank yang lain, sila rujuk gambar di bawah :
Bagi kategori Isi Rumah & Bujang yang B40, bantuan akan dikreditkan pada 21 Januari 2021.
Bagi kategori Isi Rumah & Bujang yang M40 pula, bantuan akan dikreditkan pada 25 Januari 2021.
Cara Membuat Semakan BPN 2.0 Bayaran Fasa Kedua
Semakan boleh dibuat secara online.
Bagi mereka yang telah membuat permohonan baru & rayuan BPN 2.0, anda boleh semak keputusan BPN anda pada 15 Januari 2021.
Untuk membuat semakan, sila klik di pautan rasmi di bawah :
https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx
Masukkan Kad Pengenalan & Kod KAPTCHA, klik CARI.
Semakan ini hanya untuk penerima BPN 2.0 yang telah layak sebelum ini.
Bayaran BPN 2.0
Untuk info lanjut, sila rujuk gambar rajah di bawah :
Kadar Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0
Jumlah kadar bayaran dibahagikan kepada kategori Isi Rumah & Bujang, seperti berikut :
Permohonan Baru & Rayuan BPN 2.0
Permohonan BPN yang baru & rayuan BPN bagi mereka yang tidak dapat BPN 2.0 telah dibuka pada 15 Oktober – 15 November 2020.
Menurut Tengku Fazrul :
“Sehubungan itu, pembayaran fasa kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya.
Info Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai BPN 2.0, anda boleh rujuk :
FAQ BPN
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.